Ahmad Jazlan dilantik Pengerusi FELCRA

Ahmad Jazlan dilantik Pengerusi FELCRA

Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakub yang melepaskan jawatan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) awal tahun ini, dilantik sebagai Pengerusi FELCRA Berhad.

Pelantikan itu dikongsi Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said di Facebooknya hari ini yang mengucapkan tahniah kepadanya.

“Semoga menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan baik. Selamat maju jaya,” katanya dalam catatan itu yang disertakan gambar Ahmad Jazlan menerima dokumen, dipercayai watikah pelantikan daripada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Ahmad Jazlan dilantik sebagai Pengerusi MPOB di bawah kerajaan terdahulu pada 8 April tahun lalu, menggantikan Mohd Bakke Salleh yang berkhidmat sehingga 31 Mac 2020.

Tetapi, beliau meletak jawatan pada Januari lalu sebagai bantahan terhadap kegagalan pentadbiran Muhyiddin Yassin membubarkan Parlimen.

Ketua Umno Kelantan itu turut menyuarakan pendirian tidak sedia bekerjasama dengan kerajaan Perikatan Nasional.

“Sudah pasti saya ada maruah, saya ada prinsip. Saya tidak mahu hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.

“Kalau saya tarik diri, saya akan sertakan sekali (surat) peletakan jawatan. Saya tidak pentingkan jawatan, saya pentingkan maruah,” katanya pada awal tahun ini.

Ahmad Jazlan dilantik Pengerusi FELCRA


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buat kerja, jangan bagi alasan – Tok Mat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker