208 kematian Covid-19 dilapor semalam
208 kematian Covid-19 dilapor semalam
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 208 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perangkaan dikeluarkan GitHub.
Daripada jumlah terbabit, 64 kes diklasifikasi sebagai kematian di luar hospital (BID) dan jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 26,143.
Selangor mencatatkan kes kematian tertinggi iaitu 76 kes, diikuti Johor dan Pulau Pinang (masing-masing 30), Sabah (22), Perak (lapan), Terengganu (tujuh) dan Kuala Lumpur, Perlis serta Pahang (masing-masing empat).
Tiada kes kematian direkodkan di Melaka, Negeri Sembilan, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 169,718 kes aktif dilaporkan termasuk 978 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 565 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Sebanyak 17,000 kes sembuh dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di Malaysia setakat ini mencecah 2,232,960 FMT
208 kematian Covid-19 dilapor semalam
Baca Artikel Menarik :
- Air mata Loca B berderai anak tak diiktiraf warganegara
- Isteri ‘Kantoi’ Depan Suami Bila Curang Bersama Lelaki Lain Di Rumah [VIDEO]
- Tak payah jadi menteri kalau tak boleh selesaikan isu dera – Azalina
- Khazanah boleh kaut untung RM36 bilion dalam SEA Ltd jika PH tak jual – Najib
- Najib jawab pengkritik yang mengatakan Ahmad Maslan bersalah kerana bayar kompaun
- Bersalin Ketika Hari Pertama Kembali Bersekolah, Gadis 15 tahun Ini Tak Sedar Dirinya Hamil [VIDEO]
- Najib cadang rakyat beli saham dan had pelaburan ASB dinaikkan
- Resepi Telur Goreng Cripsy Viral
- Siasatan dapati pembantu rumah dirogol oleh Paul Yong
- Mahu Rakam Mercedes Klasik, Sekali Terkejut Tok Mat yang pandu (Video)
- https://mykmu.net/2021/09/28/mat-sabu-tegur-anwar-hina-kerajaan-disokong-ulama-sekali-azalina-mencelah/
Layari Laman Facebook MYKMU