MyTravelPass, 7 kumpulan dikecualikan memohon

MyTravelPass, 7 kumpulan dikecualikan memohon

Pasangan yang berada di luar negara antara kumpulan yang dikecualikan daripada memohon kelulusan MyTravelPass (MTP), kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Khairul Dzaimee Daud.

Dalam kenyataannya hari ini, Dzaimee berkata, bagi pasangan luar negara, syarat itu bagaimanapun tertakluk kepada perkahwinan yang didaftarkan di luar negara sahaja.

Selain itu katanya, pengecualian juga diberikan kepada pelajar yang baharu mendapat tawaran belajar di universiti luar negara bersama dua orang pengiring, termasuk pelajar lama yang menyambung pelajaran di luar negara juga bersama dua orang pengiring.

“Pelajar menduduki peperiksaan di luar negara bersama dua orang pengiring, dan urusan kecemasan seperti kematian dan sakit kritikal, juga dikecualikan memohon MTP.

“Pengecualian turut membabitkan penyertaan dalam acara sukan, seminar dan mesyuarat, dan menyertai misi bantuan kemanusiaan,” katanya.

Khairul berkata, pihaknya ingin menjelaskan bahawa diplomat Malaysia dan diplomat asing kekal tidak perlu memohon MTP seperti ketetapan sedia ada.

Katanya, semua dokumen berkaitan tujuan perjalanan hendaklah ditunjukkan kepada pegawai Imigresen yang bertugas di kaunter-kaunter di mana-mana pintu masuk negara.

“Semua kumpulan yang dikecualikan itu hanya terpakai kepada warganegara sahaja,” katanya. FMT

MyTravelPass, 7 kumpulan dikecualikan memohon

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Ribut petir di empat negeri pagi ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buat kerja, jangan bagi alasan – Tok Mat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker