Cemas bawa ibu tenat merentasi SJR

Cemas bawa ibu tenat merentasi SJR

KOTA BHARU: Perjalanan membawa ibu yang tenat dari Pasir Pekan ke hospital sepatutnya cuma lima minit, namun, menjadi lebih sejam selepas terperangkap di atas Jambatan Sultan Yahya Petra yang sesak teruk akibat sekatan jalan raya (SJR) di susur keluarnya.

Tiada ruang langsung untuk kereta dipandu bergerak ke kiri atau ke kanan. Malah, lorong kecemasan dan laluan khas barisan hadapan di kiri sekali bagaikan sia-sia kerana turut penuh dengan kenderaan yang tersekat tidak bergerak-gerak.

Menceritakan detik cemas itu kepada Utusan Malaysia, usahawan, Mohd. Faizul Rohban Ahmad, 36, berkata, ujian calitan ke atas ibu, Khatijah Mirdin, 69, yang demam sebelum ini didapati negatif, namun, keadaannya bertambah buruk semalam apabila mengadu sesak nafas.


KHATIJAH Mirdin yang sesak nafas terperangkap dalam kesesakan di atas Jambatan Sultan Yahya Petra bersama anaknya, Mohd. Faizul Rohban Ahmad ketika dalam perjalanan ke hospital .

“Kami hanya tiba di hospital terdekat iaitu KPJ Perdana lebih sejam kemudian dengan paras oksigen umi didapati menurun hingga 90 peratus. Paru-parunya didapati ada jangkitan, namun, keadaannya stabil ketika ini,” katanya ketika dihubungi.

Detik cemas Mohd. Faizul yang juga adik kepada pengasas produk kosmetik Dnars, Allahyarham Faziani Rohban bersama ibunya itu tular dalam media sosial dengan pengguna harian jalan itu termasuk barisan hadapan mengakui terpaksa berdepan kesesakan itu sejak sekian lama.

Antara yang dibangkitkan, keperluan sekatan jalan raya (SJR) di susur keluar dari arah Tumpat ke Kota Bharu tersebut serta kewajaran laluan bertingkat atau flyover yang menuju terus ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian ditutup sehingga sekarang.

Ini kerana, jumlah kenderaan masuk ke pusat bandar semakin meningkat ekoran kelonggaran diberikan oleh kerajaan untuk pelbagai sektor ekonomi beroperasi kembali sejak beberapa minggu lalu memandangkan Kelantan sudah memasuki Fasa Kedua.

Seorang kakitangan HUSM mahu dikenali sebagai Kho berkata, dia pernah berdepan kesesakan teruk sehingga lebih dua jam ketika menuju ke tempat kerja yang sepatutnya mengambil masa 15 minit pada hari normal.

“Penutupan flyover hanya menyusahkan orang ramai yang mahu ke hospital manakala SJR di lokasi itu tidak sesuai dilakukan kerana dekat dengan persimpangan lampu isyarat selain tiada ruang untuk kenderaan frontliner atau kecemasan bergerak,” katanya.

Turut terjejas, beberapa petugas media yang tinggal di sekitar Pasir Pekan dan Wakaf Bharu yang perlu bertugas berulang alik melalui jambatan tersebut setiap hari.

Salah seorangnya yang mahu dikenali sebagai Zue, 30-an berkata, kerana bergantung harap kepada lorong khusus untuk petugas barisan hadapan yang turut sesak, dia pernah beberapa kali terlepas sesi sidang akhbar kerana lewat tiba.

“Baik tak payah buat lorong khas kalau sesak sama teruk dengan lorong biasa. Bila ada ambulan lalu, barulah kereta di depan beralah dan beri laluan. Kalau naik kenderaan sendiri, kita hon berpuluh kali pun semua buat tak reti biarpun ada kecemasan.

“Kami warga media terperangkap dalam kesesakan hanya terlepas berita tetapi bagaimana pula dengan warga kesihatan atau keluarga yang perlu bergegas ke hospital? Bayangkan kalau ada nyawa yang terlepas?” katanya. Utusan

Cemas bawa ibu tenat merentasi SJR


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mat Sabu tegur Anwar hina kerajaan disokong ulama, sekali Azalina mencelah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker