1,751 kematian babit individu lengkap divaksin – Khairy

1,751 kematian babit individu lengkap divaksin – Khairy

Sebanyak 1,751 atau 7.5% kes kematian membabitkan individu sudah lengkap divaksin Covid-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Khairy berkata sebanyak 5,431 atau 23% kes kematian pula membabitkan individu satu dos vaksin.



Beliau berkata, angka berkenaan direkodkan berdasarkan kes kematian akibat Covid-19 setakat 22 Sept iaitu 24,565 kes.

“Jika dibandingkan dengan populasi Malaysia yang mendapat dua dos vaksinasi sehingga 22 Sept (18,986,347 individu), kematian yang berlaku disebabkan jangkitan Covid-19 dalam kalangan yang mendapat vaksinasi lengkap adalah 0.013% bersamaan 130 orang daripada sejuta populasi yang lengkap divaksinasi,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) yang mahu dimaklumkan mengenai status vaksinasi mereka yang meninggal dunia disebabkan Covid-19 sama ada telah menerima dos pertama atau kedua dan beberapa hari selepas dos terakhir.

Sehingga semalam, sebanyak 43,028,919 dos suntikan vaksin Covid-19 sudah disalurkan membabitkan 23,178,045 satu dos sementara dua dos sebanyak 19,945,616. FMT



1,751 kematian babit individu lengkap divaksin – Khairy


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mat Sabu tegur Anwar hina kerajaan disokong ulama, sekali Azalina mencelah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker