15 peratus daripada lebih 100,000 kematian pada 2019 akibat penyakit jantung

15 peratus daripada lebih 100,000 kematian pada 2019 akibat penyakit jantung

Sebanyak 15 peratus daripada 109,164 kematian yang disahkan secara perubatan di negara ini pada 2019 adalah berpunca daripada penyakit jantung, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Berkongsi data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula, beliau berkata lebih 18.6 juta kematian akibat penyakit jantung di seluruh dunia direkodkan pada tahun sama.

Dr Noor Hisham berkata angka kematian akibat penyakit jantung dijangka meruncing terutama ketika seluruh dunia berdepan pandemik COVID-19 yang menyebabkan akses kepada informasi dan rawatan penyakit jantung serta penyakit tidak berjangkit menjadi sukar.
Sempena Hari Jantung Sedunia hari ini bertemakan “Sayangi Jantung dan Terus Berhubung”, beliau dalam satu kenyataan menggalakkan masyarakat memanfaatkan program kesihatan kerajaan untuk saringan dan intervensi faktor risiko penyakit tidak berjangkit.

Antara program berkenaan ialah Komuniti Sihat Pembina Negara (Kospen), program saringan kesihatan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), klinik dengan perkhidmatan PeKa B40, katanya.

Dr Noor Hisham berkata pesakit jantung berisiko tinggi mendapat komplikasi yang serius sekiranya dijangkiti COVID-19.

“Selain melengkapkan vaksinasi COVID-19 dan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) dan norma baharu, pesakit perlu kekal sihat bagi meningkatkan daya ketahanan diri daripada penyakit COVID-19 dan komplikasinya,” katanya.

Beliau berkata penggunaan teknologi digital secara optimum dapat membantu memastikan lapisan masyarakat di seluruh negara mendapat akses kepada informasi pencegahan dan rawatan penyakit jantung yang diperlukan.

Hari Jantung Sedunia disambut setiap tahun pada 29 Sept bertujuan memerangi penyakit berkaitan kardiovaskular dan mengurangkan beban penyakit global.

— BERNAMA

15 peratus daripada lebih 100,000 kematian pada 2019 akibat penyakit jantung


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Status kerakyatan bayi: Azalina minta kerajaan berlaku adil

Namron buka baju demi sejuta pengikut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker