Lantikan Syed Hussin ‘tamparan’ buat pembangkang

Lantikan Syed Hussin ‘tamparan’ buat pembangkang

Pembangkang seperti menerima ‘tamparan’ susulan pelantikan Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mengetuai jawatankuasa kerajaan berkait harga dan kos sara hidup, kata penganalisis.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara, berkata sebaliknya lantikan Syed Husin itu memberi gambaran baik kepada kerajaan, namun menjejaskan pembangkang terutama Bersatu.



“Ia kelihatan tidak baik kerana Ahli Parlimen pembangkang bersedia bekerja bersama kerajaan, sekali gus memberi persepsi wakil rakyat pembangkang tidak setia (hala tuju), terutama Bersatu,” katanya kepada FMT.

Selain Bersatu, PAS merupakan parti komponen Perikatan Nasional (PN) yang membentuk blok pembangkang di Parlimen.

Azmi berkata, pelantikan itu mengaibkan pembangkang memandangkan mereka sentiasa memainkan jumlah sokongan dan mencanang mempunyai cukup bilang dari Ahli Parlimen bagi membentuk kerajaan. “Namun, sebaliknya berlaku,” katanya.

Beliau berkata, pembangkang gagal dalam fungsinya sebagai semak dan imbang terhadap kerajaan termasuk isu penting seperti kos sara hidup.



Syed Hussin dilantik Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengetuai jawatankuasa di bawah Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol).

“Ia seakan menggambarkan pembangkang tidak tahu buat kerja,” kata Azmi.

Seorang penganalisis, Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia, berkata Syed Hussin diberi tanggungjawab kerana Anwar mahu melihat lebih kebertanggungjawaban diberikan kepada wakil rakyat yang menyokong kerajaan.

“Syed Hussin mempunyai latar belakang baik dan berpengalaman dalam perniagaan, jadi mungkin beliau mempunyai idea menangani isu tersebut. Tapi, tidak bermakna tiada seorang pun yang layak dalam kerajaan untuk memainkan peranan. Ia hanya berdasarkan latar belakang bertepatan,” katanya.



Katanya, lantikan Syed Husin boleh dilihat sebagai pengiktirafan sokongan diberikannya kepada kerajaan.

Sebelum ini, Syed Husin pernah menjadi pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Beliau antara enam Ahli Parlimen Bersatu mengisytihar sokongan kepada Anwar dan kerajaan perpaduan. Selain itu, turut mengambil langkah sama adalah Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Terdahulu, Syed Hussin memberitahu, pemilihannya mengetuai jawatankuasa disebabkan pengalaman dalam menyediakan platform kepada rakyat mendapatkan barangan asas pada harga berpatutan. FMT



Lantikan Syed Hussin ‘tamparan’ buat pembangkang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tanggal semua kemudian berambuslah – KPN



Akim diganggu perempuan miang nak menyondol

Norreen Iman silap tayang badan, tunjuk perut



Kemasukan wanita disyaki pelacur ‘unik’, lepas tanpa cop

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker