140,608 hilang kerja akibat COVID-19 – Saravanan

Sebaran :

140,608 hilang kerja akibat COVID-19 – Saravanan

Seramai 140,608 orang hilang pekerjaan akibat pandemik COVID-19 bagi tempoh Mac 2020 sehingga 20 Ogos lalu.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata ia berdasarkan data perangkaan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Justeru, beliau berkata kerajaan mengambil tindakan susulan bagi membantu individu terbabit.

“Kerajaan sedar serta amat prihatin terhadap impak COVID-19 dalam kalangan rakyat yang serius.

“Dalam tempoh tidak menentu ini, ramai pekerja yang kehilangan pekerjaan atau diberhentikan memerlukan sokongan dan bantuan.

“Antara tindakan kerajaan bagi menangani kehilangan pekerjaan adalah menyalurkan bantuan dengan membantu Orang Berinsurans yang telah kehilangan pekerjaan. Bantuan itu adalah di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) iaitu faedah berbentuk kewangan dan bantuan pencarian pekerjaan,” katanya,

Beliau berkata demikian menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan) yang bertanyakan perangkaan kehilangan pekerjaan dalam kalangan rakyat sejak pandemik COVID019 melanda.

Menjawab pertanyaan Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) mengenai jumlah mereka yang hilang kerja berjaya ditempatkan semula dalam sektor pekerjaan, Saravanan berkata ia membabitkan 58,530 orang bagi tempoh Mac 2020 sehingga 20 Ogos lalu.

Sejak pelancaran portal MyFutureJobs pada 2020 sehingga 10 September lalu, Saravanan berkata seramai 1.13 juta pencari pekerja didaftarkan dan sebanyak 2.31 juta kekosongan jawatan diiklankan di platform itu.

Melalui portal itu, katanya seramai 377,076 orang pencari kerja berjaya mendapatkan pekerjaan.

“Seramai 64,766 orang adalah daripada golongan pencari kerja yang kehilangan pekerjaan dan menuntut faedah di bawah SIP, manakala 312,310 orang adalah golongan pencari kerja awam.

“Portal MyFutureJobs adalah portal pekerjaan sehenti bagi semua pencari kerja dalam negara yang menghimpunkan pelbagai peluang pekerjaan, program reskilling (pemahiran semula) dan upskilling (peningkatan kemahiran) serta program-program keusahawanan daripada pelbagai agensi.

“Portal MyFutureJobs melancarkan lagi proses perkhidmatan pekerjaan dan juga telah digunakan sebagai platform dalam melaksanakan Program Insentif Pengambilan Pekerja,” katanya. BH

140,608 hilang kerja akibat COVID-19 – Saravanan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buat kerja, jangan bagi alasan – Tok Mat


Sebaran :

Leave a Reply