Lori penghantar barang terbakar, pemandu rentung

Lori penghantar barang terbakar, pemandu rentung

JOHOR BAHRU: Pemandu sebuah syarikat penghantaran maut selepas lori yang dipandunya terbabas, dipercayai cuba mengelak kon yang berada di tepi jalan lalu terbakar di Jalan Tasik Utara, Larkin, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Mohd Suhaimi Abdul Jamal, berkata mangsa dikenali sebagai Muhammad Mustaqim Ismandi berusia 23 tahun.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 11.46 pagi sebelum menggerakkan 13 anggota ke lokasi kejadian.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa bersama dua lagi van syarikat penghantaran terbabit dalam perjalanan untuk menghantar barangan kepada pelanggan.

“Namun, lori dipandu mangsa terbabas ketika cuba mengelak kon yang berada di tepi jalan dan melanggar pokok di bahagian tengah jalan lalu terbakar.

“Orang awam cuba membantu mangsa, tetapi api marak dengan cepat,” katanya ketika dihubungi.

Suhaimi berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit lalu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Dua lagi van syarikat penghantaran terbabit selamat dan tidak terlibat dalam kemalangan itu,” katanya. FMT

Lori penghantar barang terbakar, pemandu rentung


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis siasat kes Toyota Alphard P45 langgar peraturan lalu lintas

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker