Mr Big singgah KL

MR Big pilih Malaysia sebagai persinggahan penutup siri jelajah The Big Finish di Asia.

Mr Big singgah KL

KEKAL menjadi kegilaan sehingga kini, legasi ditinggalkan Mr Big sememangnya cukup kukuh.

Kumpulan rock dari Amerika Syarikat (AS) itu masih rancak menghiburkan peminat di seluruh dunia.

Kini dianggotai Eric Martin sebagai penyanyi, Billy Sheehan (bass) dan Paul Gilbert (gitar), mereka masih mendapat permintaan tinggi membuat persembahan di banyak lokasi.

Mr Big menjayakan siri jelajah dunia The Big Finish bermula Julai lalu. Mereka juga singgah ke Malaysia dan beraksi pada 14 Ogos ini di Zepp Kuala Lumpur.

Dibawakan penganjur Shiraz Projects, semestinya kunjungan kali ini bakal mengubat kerinduan peminat mereka di sini. Apatah lagi kumpulan yang ditubuhkan pada 1988 ini digilai peminat pelbagai lapisan umur.

Pengarah Shiraz Projects yang juga penganjur, Shirazdeen Karim berkata, pihaknya sangat berbangga dapat membawa kumpulan legenda itu singgah membuat persembahan di sini.

“Berada selama lebih 35 tahun dalam industri muzik dan memiliki pelbagai lagu popular, kami teruja membawa Mr Big ke Kuala Lumpur dalam jelajah istimewa ini,” katanya.

Menerusi pengumuman di Facebook rasmi mereka, Mr Big juga tidak sabar berkunjung ke sini. Mereka enggan mengecewakan peminat dan mahu tampilkan lagu ikonik mereka.

Turut dimasukkan dalam senarai lagu konsert The Big Finish itu adalah lagu dari album kedua, Lean Into It pada 1991 yang meraih penjualan platinum.

“Kami akan mempersembahkan album Lean Into It secara keseluruhan, termasuk hit nombor satu, To Be With You,” katanya.

Mr Big memulakan jelajah kali ini pada 20 Julai lalu di Jepun. Turut menyertai mereka menjayakan setiap persembahan adalah pemain dram, Nick D’VIrgilio.

Tidak dinafikan, lagu hit mereka seperti To Be With You, Just Take My Heart dan Wild World terus malar segar serta kekal menjadi siulan masa kini.

Malaysia bakal menjadi persembahan terakhir Mr Big yang mana pastinya bakal memberikan kepuasan maksima kepada penonton. Sudah tentu mereka akan berikan aksi dengan tenaga paling padu.

Kebetulan lokasi dipilih iaitu Zepp pula sangat tepat apalagi berada di tengah-tengah kota Kuala Lumpur.

Terdahulu, kumpulan itu turut dianggotai Pat Torpey selaku pemain dram. Bagaimanapun, Torpey meninggal dunia pada 2018 akibat Parkinsonism. HM

Mr Big singgah KL

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Enot dedah dakwaan berkahwin dengan pengkid

Rakan pelawak ‘kahwin’ pengkid, Didie Alias sebak

Bukan saya nak buka aib Enot – Didie luah perasaan

Kenapa saya diceraikan – Adibah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker