Sittah Annur PMYT bertaubat akhirnya
Sittah Annur PMYT bertaubat akhirnya
Masitah Ab Jalar atau dikenali sebagai Sittah Annur yang juga ketua ajaran “Perjalanan Mimpi Yang Terakhir” (PMYT) akhirnya bertaubat hari ini.
Dia yang berasal dari Kelantan dan menetap di Shah Alam, Selangor, membuat pengisytiharan taubat (istitabah) di hadapan Mufti Selangor, Dr Anhar Opir; Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad dan pegawai kanan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) serta wakil Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), di pejabat JAIS.
Majlis taubat istitabah itu dibuat secara langsung melalui laman sosial Facebook (FB) rasmi JAIS kira-kira jam 11.30 pagi tadi.
Masitah membaca teks taubat istitabah dengan menyatakan kekesalan tindakannya menyebarkan kepada umum mengenai mimpi dialaminya yang kononnya dapat berinteraksi dengan Nabi Muhammad SAW dan diberikan kebenaran oleh Allah untuk menyelamatkan sesiapa sahaja daripada balasan neraka.
Selain itu, dia turut mendakwa dapat berinteraksi dengan Imam Mahdi dan tindakannya berdasarkan mimpi itu juga mengakibatkan pengikutnya mempercayai ajaran dibawanya hingga menimbulkan kegusaran awam.
Dia kemudiannya menandatangani teks taubat itu dan menyatakan persetujuan secara rela hati dan tanpa paksaan untuk kembali mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.
Ajaran menyeleweng dikenali PMYT mula didedahkan media pada 29 Ogos lalu dan difahamkan sebanyak 13 laporan polis dibuat terhadap kumpulan itu.
Sittah menyebarkan ajaran PMYT sejak enam bulan lalu menggunakan media sosial seperti Facebook, YouTube dan Telegram untuk berkongsi pelbagai ramalan termasuk Perang Dunia Ketiga yang kononnya akan berlaku di Sabah sebelum dia memimpin pasukannya untuk mencari Imam Mahdi bagi melawan musuh.
Masitah ditahan di kediamannya pada 4 Sept lalu dalam operasi khas dilancarkan polis dan hasil pemeriksaan menemui sejumlah dana dipercayai sumbangan pengikutnya dianggarkan lebih RM80,000.
Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin pada 31 Ogos lalu mengarahkan polis mengambil tindakan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) terhadap mana-mana individu yang cuba menimbulkan kegusaran, menakutkan dan mengganggu ketenteraman awam. FMT
Sittah Annur PMYT bertaubat akhirnya
Baca Artikel Menarik :
- Najib dijemput berbincang dengan duta-duta asing
- Cecair merah di kubur bukan darah
- Sudah terang nampak ‘burung’ masih ada yang kata ‘deepfake’
- Wanita tinggal bersama mayat suami, anak 48 jam
- Lana Nordin kritik masjid Malaysia tak macam Amerika
- Jururawat Mohon Bantuan Orang Ramai Selesai Saman RM210,000
- Duit Dah Hangus Repair Kereta..Sekali Dengan Kereta Pun Dibakarnya [VIDEO]
- Cuba 6 Makanan Dan Minuman Ini Untuk Kembalikan Mood Anda Jika Rasa Down
- Ramai Kini Bintang Pujaan Jadi Asnaf
- Pakai Baju Menjolok Mata Ketika Minggu Fesyen London, Model Minta Ampun Dengan Bapa
- Suami cemburu tikam kepala, humban mayat jurulatih peribadi isterinya
Layari Laman Facebook MYKMU
China bertindak ‘buli’ Malaysia selepas TUDM buat latihan dengan AS
You must be logged in to post a comment.