Wanita Leka Berasmara Di Balkoni Jatuh Terduduk Atas Bumbung Kereta [VIDEO]

Wanita Leka Berasmara Di Balkoni Jatuh Terduduk Atas Bumbung Kereta [VIDEO]

TAIPEI, Taiwan – Seorang wanita mengalami pengalaman ngeri dan memalukan apabila dia tergolek jatuh dari tingkat atas rumah ke atas bumbung kereta ketika sedang melakukan hubungan seksual di ruang balkoni, lapor akhbar The Sun, semalam.

VIDEO DIBAWAH:-

[videopress w8VKb8uZ]

Kejadian yang berlaku di sebuah flat di Taipei itu dirakam oleh sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan mangsa jatuh terduduk dalam keadaan separuh bogel.

Dia dipercaya sedang memadu asmara di atas pagar balkoni rumah dengan kekasihnya sebelum tergelincir dan terjatuh.



Wanita itu dirakam bergolek-golek di atas bumbung kereta sambil menahan kesakitan sebelum mengumpul kekuatan untuk turun ke bawah.

Tidak lama selepas itu, kekasihnya yang tidak berbaju dilihat datang berlari mendapatkan mangsa sebelum memeluk dan menenangkannya.

Kekasih wanita itu (kanan) datang mendapatkan mangsa selepas dia terjatuh dari balkoni. – Viral Press

Impak hentakan itu menyebabkan bumbung kereta kemek manakala mangsa yang dikejarkan ke hospital  dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian belakang badannya namun berada dalam keadaan stabil.

Pasangan itu juga diarahkan membayar ganti rugi atas kerosakan kereta milik jiran yang dirosakkan akibat insiden tersebut. – Agensi



Wanita Leka Berasmara Di Balkoni Jatuh Terduduk Atas Bumbung Kereta [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Suami cerai isteri kerana malas mandi

Israel mesti dipertanggungjawab dan bertanggungjawab – Ismail



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker