Saya bukan nak jadi hero – Firdaus
Saya bukan nak jadi hero – Firdaus
Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mempertahankan tindakannya mendedahkan kontroversi salah laku yang didakwa melibatkan seorang pendakwah ternama.
Jelasnya, tindakannya itu bukan bertujuan untuk menjadi hero apatah lagi mendedahkan aib orang lain.
Firdaus berkata demikian pada wawancara Mingguan Malaysia ketika ditanya sekiranya tindakannya itu akan semakin menjauhkan umat Islam daripada golongan agamawan.
“Jawapan saya adalah ya dan tidak. Ya, kerana mungkin ada manusia yang kurang rasional, mereka akan menyalahkan agama dan kecewa dengan agamawan.
“Tapi kalau manusia yang rasional, mereka akan fikir, bukankah ini lebih baik didedahkan untuk mencegah kemungkaran.
“Bayangkan, kalau seorang agamawan A melakukan satu perkara terkutuk, lalu yang membawa isu ini adalah golongan liberal yang tak suka kepada Islam, apakah implikasinya? Lagi teruk, bukan,” jawabnya.
Pada 24 Sep lalu, seorang individu yang mendakwa abang kepada mangsa gangguan seksual melibatkan seorang pendakwah terkenal itu, melakukan mubahalah (sumpah laknat) terhadap gangguan yang didakwa dialami adiknya.
“Wallahi, wabillahi, watallahi, saya [bunyi tapisan] bersumpah dengan nama Allah, bahawa adik saya [bunyi tapisan] mengalami kemurungan, tekanan dan cuba membunuh diri, setelah [nama pendakwah berkenaan] melakukan perbuatan terkutuk melalui WhatsApp dan juga video call, kepada adik saya.
“Jika saya berdusta, ya Allah, laknatilah saya,” kata lelaki berkenaan dalam satu rakaman video.
Video berkenaan dikongsikan pendakwah Firdaus yang menggerakkan kempen supaya mangsa-mangsa tampil membuat laporan polis.
Berdasarkan video 46 saat itu, individu berkenaan dikatakan telah membuat laporan polis berkenaan hal itu.
Mengulas lanjut Firdaus dalam wawancara itu juga memetik satu hadis yang membawa maksud bahawa Rasulullah SAW meminta umatnya mengambil tindakan terhadap sesiapa saja termasuk mereka yang mulia jika melakukan kemungkaran.
Katanya, apa yang didedahkan pihaknya adalah berdasarkan laporan diterima daripada mereka yang menjadi mangsa.
Dakwaan terima aduan kes lain
Jelasnya, tindakannya adalah untuk mencari kebenaran dan mengelak imej Islam daripada dicemari pihak tertentu.
“Kami, yang pertama secara jujur, bila kes ini sampai, kami fikirkan tentang imej dan reputasi agama Islam. Bagaimana imej agama kita. Bagaimana kita mahu jaga imej agama kita daripada dirosakkan?
“Bagaimana kita mahu jaga agama kita daripada dihina oleh orang lain bila kes ini bocor, bila nama mula dipanggil?
“Sebab itu, sehingga pihak polis memanggil individu tersebut tempoh hari, kami tak pernah sebut nama dia pun. Sebab waktu itu adalah proses untuk kami mematangkan masyarakat, memberikan kesedaran kepada masyarakat,” katanya lagi.
Menjawab soalan wartawan, Firdaus berkata dia tidak mahu menjadi wira dan tidak menyimpan perasaan hasad dengki dalam mengetengahkan isu itu.
“Tidak, tiada hero pun sebenarnya, sebab hero sebenar adalah masyarakat, hero sebenar adalah sistem perundangan, heronya adalah pihak berkuasa yang akan mengambil tindakan,” katanya.
Sementara itu, Firdaus juga mendakwa NGO yang diasaskannya Multiracial Reverted Muslim (MRM) turut memfasilitasi banyak aduan dakwaan kesalahan seksual oleh pelaku lain kepada pihak berkuasa.
“Kami juga dapat laporan kes dilakukan oleh si ayah kepada mangsa, daripada adik beradik sendiri, kami dapat laporan kes dilakukan nazir masjid, imam masjid, kami dapat laporan datuk saudara buat gangguan seksual, kami terima kes budak 13 tahun, kes kanak-kanak seawal usia tiga, empat tahun (jadi mangsa).
“Boleh tak bayangkan, bagaimana perasaan ibu mangsa, apabila anaknya berusia tiga atau empat tahun, yang masih tak pandai bercakap, bila sebut nak pergi rumah (pemangsa) saja, mereka terus takut.
“Boleh bayangkan tak, kami mengendalikan berpuluh-puluh kes, emosi dan mental kami macam mana,” katanya lagi, petik wawancara Mingguan Malaysia.
Saya bukan nak jadi hero – Firdaus
Baca Artikel Menarik :
- Najib dijemput berbincang dengan duta-duta asing
- Cecair merah di kubur bukan darah
- Sudah terang nampak ‘burung’ masih ada yang kata ‘deepfake’
- Wanita tinggal bersama mayat suami, anak 48 jam
- Lana Nordin kritik masjid Malaysia tak macam Amerika
- Jururawat Mohon Bantuan Orang Ramai Selesai Saman RM210,000
- Duit Dah Hangus Repair Kereta..Sekali Dengan Kereta Pun Dibakarnya [VIDEO]
- Cuba 6 Makanan Dan Minuman Ini Untuk Kembalikan Mood Anda Jika Rasa Down
- Ramai Kini Bintang Pujaan Jadi Asnaf
- Pakai Baju Menjolok Mata Ketika Minggu Fesyen London, Model Minta Ampun Dengan Bapa
- Suami cemburu tikam kepala, humban mayat jurulatih peribadi isterinya
Layari Laman Facebook MYKMU
Fat Leonard dari Malaysia bakal bocor rahsia skandal rasuah terburuk Tentera Laut AS