Limah, Liah bikin onar ditangkap

Sebaran :

Limah, Liah bikin onar ditangkap

MERSING – Dua ekor gajah betina, Limah dan Liah yang menimbulkan masalah di kebun sawit sehingga menyebabkan peneroka di Felda Tenggaroh di sini menanggung kerugian akhirnya ditangkap dan dipindahkan ke Taman Negara Endau-Rompin di sini hari ini.

Operasi pemindahan bermula pukul 9 pagi berakhir 1 tengah hari itu dijalankan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dibantu dua ekor gajah denak dari Pahang iaitu Alam dan Kasturi.

Ketua Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Che Ku Mohd Zamzuri Chik Wan Ab. Rahman berkata, kedua-dua ekor gajah itu ditangkap Selasa lalu susulan aduan penduduk sekitar.

“Dua ekor gajah betina ini berumur anggaran 25 dan 15 tahun. Kita percaya gajah ini dari populasi kumpulan ID Jemaluang yang dianggarkan ada dalam 40 ekor.

“Dua ekor ini dipercayai telah tersesat di Felda Tenggaroh dan terpaksa kita pindahkan. Pemindahan gajah adalah langkah terakhir yang diambil kerana biasanya kita akan kawal kerana kumpulan ini kita ada pasang ‘kolar’ apabila mereka dekati kawasan kampung kita akan halau tetapi dua ekor ini memang terpisah dari kumpulannya.

“Bagi proses pemindahan mengambil masa meskipun gajah ini telah ditangkap pada Selasa lalu. Ini kerana gajah denak perlu berehat sehari sebelum proses pemindahan dilakukan,”katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Wilayah Felda Plantation Management Wilayah Johor Bahru, John Asrol Mohamad berkata, serangan gajah di kebun-kebun kelapa sawit mengakibatkan ramai peneroka kehilangan sumber pendapatan.

Katanya, pihaknya menyambut baik usaha Perhilitan memindahkan gajah-gajah ini demi kelangsungan warga peneroka di mana ia merupakan tangkapan kali ketiga bagi tahun ini melibatkan kawasan Felda.

“Setakat ini kerugian dialami peneroka besar tambahan pula harga sawit sekarang tinggi dengan kadar RM1,000 bagi satu tan jadi peneroka dapat pendapatan tinggi.

“Namun bagi yang terjejas pokok sawit rosak mereka tidak dapat menikmati pulangan sebegitu. Kita yakin bila gajah-gajah ini ditangkap akan mengurangkan kerosakan tanaman di kawasan ladang peneroka,”katanya. K Online

Limah, Liah bikin onar ditangkap


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Wajah Uqasha dah macam Sajat


Sebaran :

Leave a Reply