Firdaus Wong Dedah Video Sumpah Laknat Didakwa Abang Mangsa [VIDEO]
Firdaus Wong Dedah Video Sumpah Laknat Didakwa Abang Mangsa [VIDEO]
Pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung hari ini mendedahkan sebuah klip video sumpah laknat seorang individu menerusi saluran Telegram miliknya, hari ini.
Rakaman klip video berdurasi 46 saat memaparkan seorang lelaki dari bahagian belakang itu mengakui dirinya merupakan abang kepada mangsa gangguan seksual yang didakwa membabitkan seorang pendakwah popular.
“Setelah perbualan saya bersama mangsa dan ahli keluarganya menerusi Google Meet selama hampir dua jam kelmarin, ahli keluarga mangsa yang sangat ‘supportive’ (kuat menyokong) ini meminta saya kongsikan video sumpah laknat mereka.
“Ini adalah video sumpah laknat (mubahalah) dari abang mangsa sebagai saksi bagi membuktikan adiknya menerima mesej serta panggilan video lucah berkenaan sehingga mengalami kemurungan, tekanan dan cuba membunuh diri,” tulisnya.
Beliau yang juga merupakan Pengasas dan Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM) berkata, akan tiba masanya mereka akan tampil ke khalayak ramai demi menyatakan sebuah kebenaran.
VIDEO DIBAWAH:-
[videopress WxkMMics]“Buat masa ini, nama dan wajah mereka dirahsiakan dahulu. Ini adalah keluarga contoh yang menyokong jihad ahli keluarga mereka yang menerima mesej terkutuk sebegitu,” ujarnya.
Tulisan itu dilihat lebih 50,000 kali dan kali terakhir disunting pada pukul 9.11 pagi hari ini.
Sebelum itu, Firdaus Wong turut memuat naik tulisan menyatakan mangsa serta ahli keluarga beberapa individu terlibat ada menghubungi dirinya untuk memberi kata-kata semangat.
“Antara kata-kata mereka, ‘brother’ kena terus kuat untuk terus memberikan kekuatan kepada kami. Bila kami lihat ‘brother’ kuat, maka kami pun jadi kuat semula.
“Kami kasihan ‘brother’ kena maki hamun setiap hari kerana mahu menegakkan keadilan buat kami. Kami baca komen-komen itu semua terasa macam hendak balas tetapi kami ingat pesan ‘brother’ agar kami bersabar,” tulisnya.
Semalam, Firdaus Wong menerusi laman Facebook miliknya memuat naik satu hantaran yang antaranya menyatakan akan ada sesuatu yang besar bakal berlaku dalam sehari dua ini. – K! ONLINE
Firdaus Wong Dedah Video Sumpah Laknat Didakwa Abang Mangsa [VIDEO]
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Norhizam Baktee naik ‘sheikh’ lagi dalam Dun
- Saksi Ada, Dokumen Palsu Ada, Bila Pula Najib Buli LHDN?
- Sesuatu yang besar bakal berlaku – Firdaus Wong
- Tak boleh usik langsung, kuat back up – PU Syed
- Nenek 59 tahun kahwin jejaka 22 tahun
- Pelajar sekolah didakwa tukar-tukar gambar bogel gadis bawah umur
- Najib cabar Rayer bawa pakar cukai
- Who really is Shafie and why does he oppose that MoU?
- Resepi Kek Sunquick Gebu Serius Sedap
- Broker jam dikaitkan dengan projek terowong laut P Pinang
- Saya harap dia sentiasa bertaubat – Caprice
Layari Laman Facebook MYKMU