Dos ketiga bukan untuk semua – Khairy

Sebaran :

Dos ketiga bukan untuk semua – Khairy

Langkah kerajaan memberikan dos ketiga vaksin COVID-19 kepada kumpulan berisiko tinggi, tidak bercanggah dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang meminta pemberian suntikan tambahan itu ditangguhkan hingga akhir tahun.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata keputusan kerajaan itu wajar kerana Malaysia tidak merekodkan sebarang pembaziran vaksin COVID-19 di negara ini, berbanding beberapa negara maju yang sebelum ini membolot vaksin itu.

Selain itu, katanya, kerajaan hanya memberikan dos ketiga kepada kumpulan tertentu dan bukan semua populasi yang layak menerima vaksin COVID-19.

“Kita turut menyumbang vaksin kita kepada negara lain, antara ke Bosnia ketika kemuncak pandemik seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini.

“Malah, tiada pembaziran vaksin dikesan di Malaysia. Ini berbeza berbanding negara maju yang membolot vaksin namun ada pembaziran apabila ada dos yang tidak digunakan selepas tarikh luput, sedangkan Malaysia gunakan semua stok vaksin yang ada.

“Malah, jika wujud situasi di mana bekalan vaksin tidak perlu dihantar, Malaysia boleh tangguhkan penghantaran supaya bekalan itu boleh dihantar ke negara lain terlebih dahulu,” katanya pada sidang media, hari ini. BH

Dos ketiga bukan untuk semua – Khairy


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tembakan rambang di pasar raya, 2 maut


Sebaran :

Leave a Reply