Jeffrey sedia kerjasama dengan pembangkang, ambil balik hak Sabah

Jeffrey sedia kerjasama dengan pembangkang, ambil balik hak Sabah

Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik demi kestabilan politik di Sabah, terutama dalam menuntut semula hak negeri itu yang terhakis.

Hasrat itu disuarakan hasil perkembangan baharu politik tempatan dengan kerajaan dan pembangkang sebulat suara menolak penguatkuasaan Akta Laut Wilayah 2012 di negeri terbabit dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.



Kitingan, yang juga timbalan ketua menteri, berharap semua parti politik, khususnya parti politik tempatan, dapat mengetepikan perbezaan mereka dan bekerjasama sebagai satu entiti seperti di Sarawak.

“Kami terbuka kepada apa sahaja cadangan dan kami dapat bekerjasama dengan mana-mana parti politik seperti apa yang telah kami lakukan selama ini.

“Ini supaya kita menjadi lebih kuat. Saya rasa itu ideal dan suatu hari, mungkin ini akan berlaku. Marilah kita berusaha ke arah itu,” katanya dalam kenyataan.

Kitingan berkata demikian selepas pelancaran usaha sama antara KOPSTAR Holdings Sdn Bhd dan Trucknet Machinery Trading Sdn Bhd, di sini.



Mengulas lanjut, Kitingan berkata, ketika ini terdapat perpaduan antara kerajaan dan pembangkang mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan isu pengembalian hak-hak Sabah.

Sebagai contoh katanya di DUN semalam, semua wakil rakyatnya sebulat suara menolak Akta Laut Wilayah 2012 yang mengurangkan wilayah laut Sabah dan Sarawak daripada 12 batu nautika (22km) menjadi tiga batu nautika (5.5km).

Kitingan berkata, pengurangan kawalan milik Sabah dikurangkan sepanjang sembilan batu nautika (16.5km).

Katanya, pada April tahun ini, beliau turut mengeluarkan kenyataan menentang akta terbabit yang dianggap bertentangan dengan Perlembagaan dan menuntut agar undang-undang itu hanya terbatas di Semenanjung sahaja kerana Sabah dan Sarawak tidak pernah mempersetujui pelaksanaannya. FMT



Jeffrey sedia kerjasama dengan pembangkang, ambil balik hak Sabah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tembakan rambang di pasar raya, 2 maut



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker