Rumah Ikram Keluarga Malaysia ditambah 2,000 unit – Ismail

Rumah Ikram Keluarga Malaysia ditambah 2,000 unit – Ismail

Kerajaan bersetuju menambah sehingga 2,000 unit kediaman di bawah Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia (Rumah Ikram Keluarga Malaysia) yang akan memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 10,000 isi rumah memerlukan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu diambil memandangkan 1,000 unit rumah tersebut di 11 kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) ketika ini adalah tidak mencukupi.



Menurut beliau, kediaman tersebut yang berada di bawah kawal selia dan pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak mencukupi untuk menjadi tempat berlindung bagi Keluarga Malaysia yang terkesan akibat hilang mata pencarian.

“Ini kerana 139 projek PPR lain telah diserahkan kepada pihak berkuasa negeri.

“Justeru, setelah perbincangan antara KPKT dan pihak berkuasa negeri, sukacita saya umumkan bahawa Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia atau Rumah Ikram Keluarga Malaysia akan ditambah kepada 2,000 unit.

“Ia akan memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 10,000 isi rumah yang memerlukan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Rumah Ikram Keluarga Malaysia di KPKT di sini hari ini.



Hadir sama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Sebanyak 1,000 unit Rumah Ikram Keluarga Malaysia disediakan sebagai permulaan di kawasan PPR di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Kelantan dan Johor dengan kadar sewa minimum iaitu RM124 sebulan selama tempoh maksimum dua tahun.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, bagi mengurangkan tekanan dan bebanan kepada penerima inisiatif Rumah Ikram Keluarga Malaysia, mereka akan diberikan pengecualian bayaran sehingga enam bulan bermula dari tarikh menerima kunci.

Jelasnya, pengecualian bayaran sewa itu akan ditanggung oleh kerajaan dengan melibatkan peruntukan kira-kira RM3 juta.



“Ini bagi membolehkan saudara dan saudari penerima manfaat, khususnya Ketua Isi Rumah dapat menumpukan usaha untuk merancakkan ekonomi keluarga,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan tidak akan meminggirkan kebajikan penghuni sedia ada di kawasan perumahan PPR.

“Untuk itu, sukacita saya maklumkan bahawa, program moratorium bayaran sewa kepada penghuni PPR sedia ada di bawah kawal selia dan pengurusan KPKT akan diteruskan sehingga akhir tahun 2022.

“Insya-Allah, langkah ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 10,000 ketua isi rumah atau 50,000 penghuni PPR, dengan melibatkan tanggungan kewangan kerajaan berjumlah RM18.84 juta,” katanya. K Online



Rumah Ikram Keluarga Malaysia ditambah 2,000 unit – Ismail


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tembakan rambang di pasar raya, 2 maut



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker