Servis ShopeeFood bermula Jumaat ini
Servis ShopeeFood bermula Jumaat ini
Platform e-dagang Shopee meluaskan penawaran perkhidmatannya dengan menambah servis penghantaran makanan, ShopeeFood yang boleh diakses di halaman utama aplikasi Shopee.
Kemudahan baharu yang bakal dilancarkan secara berperingkat itu akan tersedia buat lebih lapan juta penduduk di Lembah Klang bermula 24 September.
Ia akan menyediakan akses kepada pelbagai menu daripada jenama popular seperti A&W, Burger King, Nando’s, Starbucks dan Tealive, selain gerai tempatan.
Ketua Pegawai Operasi di Shopee Terence Pang berkata, pihaknya berbesar hati untuk menambah servis penghantaran makanan sebagai sebahagian daripada pengalaman di Shopee.
“Perkhidmatan baharu ini membolehkan peniaga makanan dan minuman untuk berpindah ke atas talian bagi menjangkau lebih ramai pelanggan, sekali gus memacu pertumbuhan jangka panjang golongan ini.
“Syarikat berharap pengguna dan rakan niaga kami akan menikmati servis ini dan Shopee akan terus menaik taraf platform serta perkhidmatan kami agar dapat memenuhi keperluan semua pelanggan dengan lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan.
Sempena pelancaran, ShopeeFood akan memberi baucar penghantaran percuma dengan pembelanjaan minimum RM0 dan baucar diskaun bernilai sehingga RM8 kepada pengguna. K Online
Servis ShopeeFood bermula Jumaat ini
Baca Artikel Menarik :
- Gambar bogel gadis bawah umur, Sekolah Antarabangsa jalankan siasatan
- Firdaus Wong gesa ramai tampil dedah dakwaan gangguan seksual pendakwah
- Majlis Pemulihan Negara Gagal Kawal Harga Ayam
- Ku Li letak jawatan pengerusi Jemaah Penasihat Umno
- Premium Outlet di Langkawi bakal jadi tarikan
- Gadis manis pelaris warung cendol
- Bill Gates Dakwa Ada Cara Untuk Tamatkan Wabak COVID-19
- Terima kasih pemberi maklumat kerana tegakkan keadilan – Najib
- Resepi Terung Berlado Thai
- RM13 juta wang MBI Kedah dipindah ke Kanada masa Mukhriz MB
- Gambar Janna, kentut pun cantik – Zizan
Layari Laman Facebook MYKMU