Pembahagian harta pusaka tidak boleh sesuka hati. Peguam syarie kongsi 3 situasi — MYKMU.NET

Pembahagian harta pusaka tidak boleh sesuka hati. Peguam syarie kongsi 3 situasi

Sebaran :

Pembahagian harta pusaka tidak boleh sesuka hati. Peguam syarie kongsi 3 situasi

MENYENTUH tentang bab pembahagian harta pusaka, tidak dinafikan kebanyakan waris tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang ilmu faraid.

Ada yang sepakat melantik abang atau kakak sulong sebagai pentadbir.

Tetapi ada juga yang menggunakan kuasa ‘veto’ melantik dirinya sebagai pentadbir untuk tujuan tertentu.

Tanpa ilmu yang mencukupi, pentadbir membahagikan secara sesuka hati.

Lebih memburukkan keadaan, pentadbir pula mengisytiharkan dirinya berhak ke atas semua harta pusaka selagi belum dibuat pembahagian.

Malah macam-macam lagi situasi boleh berlaku dan salah satunya sepertimana yang dikongsikan oleh Peguam Roslina Sabiyah di akaun Facebook miliknya apabila ada yang bertanya berkenaan faraid di mana ada sebuah keluarga yang terdiri daripada 5 beradik, iaitu 2 lelaki dan 3 perempuan.

Masa pembahagian pusaka, semua adik-beradik perempuan setuju untuk bahagi secara sama rata dan tidak mahu ikut faraid.

Pun begitu timbul persoalan daripada salah seorang adik beradik tersebut, dengan mengutarakan soalan; “Boleh ke kalau suka-suka tidak mahu ikut faraid? Kalau saya tidak setuju macamana? Apakah kaedah pembahagian yang sepatutnya dalam situasi ini?”

Jawapan pada permasalahan tersebut dijawab dengan jelas olehnya dan bersama kita fahamkan situasi tersebut untuk info bersama.

Jawapan :

Sebaik sahaja seseorang meninggal dunia hartanya automatik akan menjadi harta pusaka dan harta pusaka adalah tertakluk kepada hukum faraid.

Proses faraid telah pun bermula dan berjalan sebaik sahaja seseorang itu meninggal dunia.

Faraid maksudnya ketetapan dan ia adalah ilmu tentang kaedah pembahagian harta pusaka yang menetapkan siapakah waris yang layak dan berapakah bahagian yang diperolehi setiap seorang secara khusus.

Selain membahagikan harta pusaka mengikut bahagian yang telah ditetapkan dalam faraid, waris juga boleh membahagikan harta secara muafakat atau persetujuan. Kaedah ini dinamakan takharruj.

Dalil takharruj adalah di dalam Surah al-Nisa’ ayat 128:

فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا أَنْ يُصْلِحَا بَيْنَهُمَا صُلْحًا ۚ وَالصُّلْحُ خَيْرٌ

Yang bermaksud: “maka tiadalah salah bagi mereka membuat perdamaian (secara yang sebaik-baiknya), kerana perdamaian itu lebih baik.”

Sebelum melakukan takharruj iaitu melepaskan hak faraid secara sebahagian atau sepenuhnya, beberapa syarat mesti dipenuhi antaranya perlulah dipersetujui oleh semua waris yang lain dan waris-waris ini hendaklah terlebih dahulu mengetahui berapa bahagian faraid mereka yang sebenar sebelum melepaskan hak mereka.

Namun sekiranya waris-waris tidak sepakat dan tiada persetujuan yang dicapai, maka kaedah asal pembahagian secara faraid akan terpakai.

Dalam kes di atas saya simpulkan beberapa situasi :

Situasi 1 – Kesemua 5 adik-beradik (2 lelaki dan 3 perempuan) bersetuju untuk membahagikan harta secara sama rata.

Dalam kes ini, 2 anak lelaki tersebut yang bersetuju untuk takharruj melepaskan sebahagian bahagian faraid mereka kepada anak perempuan (kerana bahagian anak lelaki adalah 2 manakala anak perempuan adalah 1).

Kaedah pembahagian adalah secara muafakat iaitu semua waris dapat sama rata.

Situasi 2 – 3 adik-beradik perempuan dan seorang anak lelaki ingin harta pusaka dibahagi sama rata manakala seorang anak lelaki tidak setuju.

Maka seorang anak lelaki yang tidak setuju untuk takharruj hendaklah diberikan bahagian faraidnya terlebih dahulu (2 bahagian) dan bakinya setelah ditolak bahagian anak tersebut barulah boleh dibahagi secara sama rata antara 3 anak perempuan dan seorang anak lelaki.

Kaedah ini juga dinamakan muafakat iaitu sebahagian difaraid dan bakinya dibahagi sama rata.

Situasi 3 – 3 adik-beradik perempuan nak bahagian sama rata tetapi 2 anak lelaki nak bahagian faraid. Maka dalam situasi ini, 2 anak lelaki tersebut tidak bersetuju untuk takharruj atau melepaskan bahagian mereka maka kaedah asal pembahagian secara faraid hendaklah terpakai.

Kaedah pembahagian adalah secara faraid (anak lelaki 2 bahagian anak perempuan 1 bahagian).

Dalam pembahagian harta pusaka tiada istilah majoriti. Tidak ada sesiapa yang boleh dipaksa untuk melepaskan bahagiannya di dalam faraid.

Kaedah pembahagian secara muafakat adalah yang terbaik jika dapat dilaksanakan tetapi sekiranya tiada persetujuan yang dicapai maka kaedah pembahagian secara faraid adalah jawapan dan penyelesaian terakhir kepada masalah yang menjadi pertikaian.

Biar tahu jangan keliru.

Sumber : Roslina Sabiyah & Co.

* Artikel asal disiarkan di Keluarga.

Pembahagian harta pusaka tidak boleh sesuka hati. Peguam syarie kongsi 3 situasi


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Baru Tahu! Kenapa Tak Percaya? – Nama Penuh Jenama Terkenal Dunia Yang Tak Pernah Dengar

Polis siasat LHDN selepas Najib dakwa salah guna kuasa


Sebaran :

Leave a Reply

%d bloggers like this: