Kaut RM91,000 selepas tipu hidap kanser

Kaut RM91,000 selepas tipu hidap kanser

Seorang wanita yang berpura-pura menghidap kanser bagi mendapatkan bantuan kewangan daripada orang ramai sehingga mencecah ribuan pound terlepas daripada hukuman penjara, lapor akhbar Metro UK, kelmarin.

Megan Scotcher, 28, dari Derbyshire, England berjaya mengumpul sehingga £16,000 (RM91,483) hasil kutipan derma antara bulan Jun hingga Disember tahun lepas.

Bekas teman lelakinya telah mewujudkan tabung derma online di platform GoFundMe tanpa menyedari bahawa wanita itu hanya berpura-pura sakit.

Selain itu, seorang individu yang prihatin turut mengambil bahagian dalam acara kayuhan basikal 1,000 kilometer bagi mengumpul dana buat Scotcher dan dua anak lelakinya.

Mahkamah Diraja Nottingham menerima hujah daripada peguam bela tertuduh yang memberitahu Scotcher berdepan masalah mental sejak beberapa tahun lalu dan pernah cuba membunuh diri.

Hujah pembelaan turut menyatakan bahawa pembohongan mengenai dirinya menghidap kanser adalah untuk mempersiapkan keluarganya bagi menerima berita kematian wanita itu.

Bagaimanapun, Hakim Steven Coupland menegaskan kesihatan mental tertuduh adalah di luar kawalan hingga sanggup mereka cerita seperti itu.

Oleh sebab itu, Coupland menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan yang ditangguh selama setahun ke atas Scotcher.

“Anda telah menipu keluarga dan rakan-rakan dengan cerita rekaan ini. Ia adalah satu perbuatan yang serius kerana ramai pihak yang bersungguh-sungguh mendermakan wang mereka kepada anda.

“Perkhidmatan sosial telah menilai bahawa anda berisiko rendah dalam mengulangi perbuatan ini dan saya bersetuju dengan penilaian itu,” kata Coupland.

Selain menerima hukuman penjara yang ditangguhkan, Scotcher juga diperintahkan untuk melakukan kerja-kerja perkhidmatan awam selama 100 jam. K Online

Kaut RM91,000 selepas tipu hidap kanser


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis siasat LHDN selepas Najib dakwa salah guna kuasa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker