Pelik Tapi Benar! Pertandingan Lawan Bantal Pun Boleh Jadi Sukan [VIDEO]

Sebaran :

Pelik Tapi Benar! Pertandingan Lawan Bantal Pun Boleh Jadi Sukan [VIDEO]

Pelik Tapi Benar! LAWAN bantal adalah salah satu ‘aktiviti’ menyeronokkan yang sering dilakukan oleh kanak-kanak di seluruh dunia.

Begitu juga di Jepun, bezanya aktiviti tersebut dijadikan sebagai sukan di peringkat kebangsaan.

Setiap tahun, puluhan pasukan dari seluruh Jepun akan pergi ke bandar Ito untuk bersaing dalam salah satu acara sukan paling unik di dunia iaitu Kejohanan Lawan Bantal Seluruh Jepun.

Dalam kejohanan itu, semua pasukan terdiri daripada pelbagai lapisan umur bersaing antara satu sama lain bagi tujuan kemasyhuran dan kekayaan.

Kejohanan itu diinspirasikan daripada aktiviti lawan bantal yang selalu dilakukan oleh pelajar Jepun sebelum tidur ketika rombongan persekolahan.

Ritual itu dialami oleh kebanyakan kanak-kanak Jepun dan suatu hari, segelintir daripada mereka memutuskan adalah seronok sekiranya aktiviti berkenaan dijadikan sebagai sukan.

Kejohanan tersebut bermula pada 2013 dan sejak itu diadakan setiap tahun.

Peraturan permainan itu adalah mudah. Setiap permainan dimainkan oleh lima orang dari setiap pasukan dan mereka perlu memakai ‘yucata’ iaitu pakaian tradisional musim panas Jepun.

Permainan itu bermula dengan semua pemain berpura-pura tidur, sehingga pengadil meniupkan wisel, mengisyaratkan mereka untuk bangun dan memegang bantal.

Mulai saat itu, lawan bantal agak mirip dengan permainan dodgeball iaitu mereka perlu memukul pemain lawan dengan bantal, terutamanya kapten setiap pasukan.

Pasukan pertama yang berjaya memenangi dua pusingan dinobatkan sebagai pemenang. — Oddity Central 

Pelik Tapi Benar! Pertandingan Lawan Bantal Pun Boleh Jadi Sukan [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Baru Tahu! Kenapa Tak Percaya? – Nama Penuh Jenama Terkenal Dunia Yang Tak Pernah Dengar

Polis siasat LHDN selepas Najib dakwa salah guna kuasa


Sebaran :

Leave a Reply