Gara-Gara Cubaan Seludup KFC Dalam Tempoh PKP, Lelaki Ini Ditahan Polis

Gara-Gara Cubaan Seludup KFC Dalam Tempoh PKP, Lelaki Ini Ditahan Polis

GARA-GARA cuba ‘menyeludup’ ayam goreng KFC, dua lelaki di New Zealand ditahan kerana melanggar perintah kawalan pergerakan Covid-19.

Sewaktu ditahan, pihak berkuasa menemukan tiga kotak besar ayam goreng, 10 kotak ‘coleslaw’ dan kotak kentang goreng yang banyak serta wang tunai berjumlah 51,000 pound (RM291,567).

Mereka ditahan ketika dalam perjalanan dari Hamilton, kira-kira 120 kilometer di selatan Auckland.

Di bawah tahap empat perintah kawalan pergerakan negara itu, semua restoran dan kafe termasuk perkhidmatan membungkus makanan ditutup.

Kedua-duanya berusia 23 dan 30 tahun, boleh dikenakan denda melebihi 2,000 pound (RM11,434) atau penjara selama enam bulan jika didapati bersalah.

Menurut jurucakap pihak berkuasa, suspek ditahan selepas polis menyedari sebuah kenderaan yang mencurigakan di pinggir bandar.

“Sewaktu mereka melihat kereta polis, kenderaan itu melakukan pusingan U dan cuba memecut laju.

“Kenderaan itu diperiksa dan polis menjumpai sejumlah wang tunai dan makanan yang dibungkus,” kata jurucakap terbabit yang tidak didedahkan identitinya.

Minggu lalu, seorang lelaki berusia 20 tahun didakwa selepas memuat naik sebuah video di TikTok menunjukkan dia meninggalkan Auckland dan membeli McDonald’s. — Mirror

Gara-Gara Cubaan Seludup KFC Dalam Tempoh PKP, Lelaki Ini Ditahan Polis


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Baru Tahu! Kenapa Tak Percaya? – Nama Penuh Jenama Terkenal Dunia Yang Tak Pernah Dengar

Polis siasat LHDN selepas Najib dakwa salah guna kuasa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker