Tiga Beranak Dihina Dan Dihalau Dari Restoran Kerana Menyusukan Bayi

Tiga Beranak Dihina Dan Dihalau Dari Restoran Kerana Menyusukan Bayi

SEORANG wanita terkejut dan tidak menyangka dia diusir dari sebuah restoran hanya kerana menyusukan bayinya.

Kejadian itu berlaku di Restoran Greek Islands di Anacortes, Washington, di mana Ruby Meeden dan suaminya, Aaron telah merancang untuk bertemu dengan keluarga mereka dan menikmati makan malam.



Sementara menunggu ahli keluarga yang lain tiba, anak lelaki mereka, Rhett, yang berusia tiga hari, merengek kelaparan dan Ruby mula menyusukannya.

“Ketika menyusukan Rhett, saya menutupnya dengan kain dan kami duduk menghadap dinding,” kata Ruby.

Namun, tidak semena-mena pemilik restoran menghampiri meja mereka dan menghalau tiga beranak itu pergi tanpa memberi apa-apa penjelasan, dan hanya memberitahu agar jangan kembali lagi ke restorannya.



Selepas episod memalukan itu, Aaron meninggalkan ulasan di dalam talian (online) atas pengalaman buruk mereka di restoran berkenaan.

Pemilik restoran itu membalas ulasan Aaron dan menggelar isterinya sebagai ‘haiwan’ selain turut menghina bayi mereka.

“Jangan datang ke restoran saya untuk menyusukan bayi anda,” balasnya.



Setelah hantaran tersebut menjadi viral, sekumpulan ibu yang berang menganjurkan demonstrasi di luar restoran berkenaan kerana tindakannya yang memalukan dan bersifat diskriminasi. – India.com

Tiga Beranak Dihina Dan Dihalau Dari Restoran Kerana Menyusukan Bayi


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Baru Tahu! Kenapa Tak Percaya? – Nama Penuh Jenama Terkenal Dunia Yang Tak Pernah Dengar



Polis siasat LHDN selepas Najib dakwa salah guna kuasa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker