Tindakan PH tinggalkan projek Pan Borneo tanpa peruntukan – Bung

Tindakan PH tinggalkan projek Pan Borneo tanpa peruntukan – Bung

Tindakan kerajaan Pakatan Harapan menghentikan kontrak rakan pelaksana projek (PDP) untuk Lebuh Raya Pan Borneo, sebenarnya telah memutuskan terbitan sukuk yang sepatutnya digunakan bagi membiayai projek itu, kata Timbalan Ketua Menteri Bung Moktar Radin.

“Ketika PH membatalkan PDP, mereka tidak membuat entiti baharu untuk menguruskan terbitan sukuk bagi menyediakan kira-kira RM14 bilion yang diperlukan untuk melaksanakan projek berkenaan.

“Sekiranya tidak ada terbitan sukuk, itu bermakna sukar mendapatkan peruntukan. Hanya 11 pakej yang menerima peruntukan sementara 22 lagi masih belum terima,” katanya.

Bung mengulas laporan Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin yang mengkritiknya kerana mendakwa kerajaan PH telah menghentikan pembiayaan projek lebuh raya tersebut.

Chan mendakwa pemberhentian model PDP oleh Warisan, yang membentuk kerajaan negeri Sabah ketika itu, telah menyebabkan projek terbabit tertunda dan tidak dapat disiapkan di Sabah.

Menurutnya, Bung menyedari bahawa model PDP dihentikan, namun tetap menyalahkan PH yang menyekat peruntukan.

Chan berkata, projek itu hanya bergantung kepada peruntukan dana infrastruktur kerajaan dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk kerja berkenaan.

Beliau turut mendakwa, RM4.47 bilion diperuntukkan kepada Sarawak dan RM4.66 bilion untuk Sabah bagi pembangunan infrastruktur pada tahun 2021 oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Jumlah itu kurang RM600 juta daripada yang diperuntukkan tahun lalu untuk Sabah. FMT

Tindakan PH tinggalkan projek Pan Borneo tanpa peruntukan – Bung


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis siasat LHDN selepas Najib dakwa salah guna kuasa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker