Reezal setuju saranan Najib

Reezal setuju saranan Najib

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kini dalam proses menyediakan garis panduan operasi perniagaan premis makanan di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) ke arah fasa endemik negara.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, garis panduan itu akan dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk penilaian sebelum diumumkan dan kemudian dipanjangkan kepada kerajaan negeri untuk dilaksanakan PBT.

Jelas beliau, perlu ada keseragaman dalam operasi perniagaan di seluruh negara untuk memudahkan rakyat dan peniaga yang mungkin memiliki cawangan di beberapa negeri.

Beliau bersetuju dengan saranan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang pernah menyuarakan pendapat perlu ada kelonggaran diberikan kepada pemilik restoran untuk menyediakan tempat makan di luar premis kerana ia sebenarnya dapat mengurangkan risiko dijangkiti Covid-19.

“Saya bersetuju dengan saranan ini, malah ia antara pelan pelaksanaan yang sedang disediakan dan diteliti oleh pihak kementerian ke arah fasa endemik di negara ini. Pastinya setiap saranan yang baik sentiasa diambil perhatian,” katanya dalam hantaran di Facebooknya, hari ini.

Pada Oktober tahun lalu, bekas Perdana Menteri itu memberi pandangan, tempat makan di luar memberi pengudaraan lebih baik berbanding dalam premis, apatah lagi yang tertutup.

Turut berharap PBT segera mengeluarkan garis panduan yang jelas, Najib juga berpendapat peniaga yang menyediakan tempat makan di luar tidak perlu memohon lesen lesen atau dikenakan tindakan, namun mereka perlu mengikut garis panduan seperti tidak menghalang laluan dan sebagainya.
Mengulas lanjut, Reezal berkata, KPKT juga akan berbincang serta mendapatkan panduan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) mengenai sistem pengudaraan dalam premis terutama restoran berhawa dingin dan tidak memiliki ruang luar.

“Saya berharap kita semua sentiasa mematuhi dan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerana kerjasama semua akan dapat membawa kejayaan dalam memerangi pandemik ini,” katanya. MG

Reezal setuju saranan Najib


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Biarlah Mahathir terjun dengan labu-labunya

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker