KWSP Memang Simpanan Hari Tua Tapi Rakyat Kini Terdesak – Asyraf

KWSP Memang Simpanan Hari Tua Tapi Rakyat Kini Terdesak Hadapi ‘Safety Net’ – Dr Asyraf

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah simpanan hari tua yang penting untuk survival rakyat kemudian hari tetapi suasana kecemasan musim pandemik memerlukan pelbagai pendekatan mendesak untuk menangani masalah safety net (jaringan keselamatan sosial rakyat).

Beliau berkata demikian ekoran ada yang memperlekeh usaha Pemuda UMNO kononnya hanya untuk bangkitkan sentimen rakyat dengan menggadaikan masa depan mereka lantaran mendesak kerajaan dan KWSP membenarkan pengeluaran i-Citra RM10k one-off ini, sedangkan ia simpanan untuk hari tua.

“Benar Pemuda UMNO akui KWSP adalah simpanan hari tua yang penting untuk survival rakyat kemudian hari. Malah dalam perbincangan dengan pihak KWSP kelmarin pun mereka menunjukkan data-data terkini bahawa rata-rata rakyat hanya boleh bertahan selama tiga tahun secara purata dengan jumlah simpanan KWSP yang mereka ada.”

Dr Asyraf berkata demikian dalam ruangan komen selepas memberi kenyataan berkaitan kesediaan KWSP memberikan komitmen untuk memudahkan urusan pengeluaran i-Citra bagi membantu mengurangkan bebanan pencarum ketika berhadapan dengan pandemik COVID-19.

Berikut adalah hujah balas beliau terhadap mereka yang mempertikaikan perjuangan Pemuda UMNO berkaitan isu ini:

1. Suasana kecemasan musim pandemik memerlukan pelbagai pendekatan mendesak untuk menangani masalah safety net (jaringan keselamatan sosial rakyat).

– Jutaan rakyat yang hilang punca pendapatan akibat Pandemik samaada diberhentikan kerja, dicutikan tanpa gaji, perniagaan lingkup dan pendapatan gaji hari yang terencat, menyebabkan perbelanjaan rakyat dan aliran tunai dalam ekonomi terjejas teruk.

– Rakyat terdesak untuk bayar komitmen bulanan (sewa rumah, ansuran kereta, bil-bil utiliti, kad kredit dll), pada masa sama tertekan untuk penuhi tuntutan perut, keperluan dapur keluarga, keperluan persekolahan anak-anak (PdPR) dll.

2. Bantuan Kerajaan seperti BPR, BPN dan BKC yang sebelum ini amat terhad dan hanya memfokuskan kepada B40, menyebabkan ramai dikalangan rakyat yang masih tercicir sedangkan mereka juga telah jatuh ke dalam kategori susah dan terdesak terutamanya dikalangan M40 sebelum ini. Justeru, demi kelangsungan hidup sekarang, membenarkan pengeluaran caruman daripada KWSP pasti akan melegakan ramai yang memang hakikatnya sudah sampai ke peringkat terdesak.

3. Pengeluaran dengan jumlah yang terhad daripada simpanan hari tua KWSP seperti i-Sinar, i-Lestari dan i-Citra hanya untuk solusi jangka pendek bagi rakyat tidak terputus tunai di tangan dan melangsaikan komitmen yang tertunggak ketika pandemik ini.

4. Ada beberapa cadangan yang Pemuda UMNO turut kemukakan untuk tangani isu bagi menampung kembali kelompongan simpanan KWSP akibat pengeluaran musim kecemasan, antaranya meningkatkan kadar caruman wajib majikan untuk tempoh tertentu dan memperluaskan caruman ‘mandatory coverage’ termasuk kepada sektor informal seperti Gig ekonomi. – UMNO Online

KWSP Memang Simpanan Hari Tua Tapi Rakyat Kini Terdesak – Asyraf


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Biarlah Mahathir terjun dengan labu-labunya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker