Elyana mengaku kalah, mohon doakan untuknya

Elyana mengaku kalah, mohon doakan untuknya

“Akhirnya saya mengalah,”.

Demikian tulis penyanyi, Elyana yang menghidap kanser limfoma tahap empat menerusi Instagram berkongsi mengenai keadaan terkini kesihatannya.

Dalam hantarannya itu, Elyana berkongsi bagaimana dia menahan sakit selama lebih sebulan.

“Lebih sebulan menahan sakit sampai tak boleh tidur. Hari ini (semalam) masuk ubat tahan sakit, steroid dan ambil darah.

“Ujian Covid-19 memang wajib. Esok (hari ini) periksa jantung. Lusa buat ujian imbasan PET dan seterusnya, kemoterapi.

“Bismillahirrohmanirrohim. ‘You can do it, Nana!'” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Elyana turut berkongsi fotonya yang terlantar di atas katil.

Elyana menghidap kanser sejak 10 tahun lalu dan sebelum ini berkongsi bagaimana kekuatan yang dikumpulkannya menjadi sebati dalam diri.

“Kekuatan yang aku lakonkan menjadi sebati dalam diri. Bahagian tubuh mana yang aku tak sakit? Semua sakit. 10 tahun. Semua sakit,” tulisnya dalam Instagram Story sebelum ini. HM

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Elyana mengaku kalah, mohon doakan untuknya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Biarlah Mahathir terjun dengan labu-labunya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker