Sikap anak mahu tidur di pusara ayah, runtun hati ibu
Sikap anak mahu tidur di pusara ayah, runtun hati ibu
“Ali nak ayah balik,” Itulah rintihan seorang budak lelaki yang baru berusia 10 tahun, Ali Abdul Razak, yang masih tidak dapat menerima hakikat bapanya sudah dijemput Ilahi akibat jangkitan COVID-19.
Ali juga kerap meminta ibunya mengunjungi tanah perkuburan dan mahu tidur di sisi Allahyarham bapanya di pusara itu.
Detik sukar itu terpaksa dilalui ibu tunggal, Nurul Azlyna Mohamad Rasidi, 40, hingga untuk membendung kesedihan setiap kali tiga anaknya terlalu rindu dan masih tidak memahami hakikat ayah mereka, Abdul Razak Jemali, 61, kembali ke rahmatullah pada 22 Julai lalu selepas 13 hari bertarung melawan COVID-19.
“Virus COVID-19 menyerang arwah suami saya dengan cepat. Dia terkena jangkitan di tempat kerja tetapi nasib menyebelahi saya dan anak-anak kerana selepas jalani ujian saringan, kami semua didapati negatif.
“Kali terakhir saya dan anak-anak memberikan lambaian terakhir ketika ambulans datang mengambilnya di rumah, tetapi kami tidak dapat menyentuh, bersalaman sehinggalah dia dibawa ke liang lahad,” katanya kepada BH, hari ini.
Nurul Azlynda berkata, kehilangan orang tersayang akibat COVID-19 lebih menyakitkan, terutama menguruskan emosi tiga anaknya yang masih kecil berumur empat hingga 10 tahun.
“Saya mahu orang tahu yang kehilangan kerana COVID-19 ini sangat meruntun hati, lebih-lebih lagi untuk berdepan dengan emosi anak-anak.
“Setiap kali anak rindukan ayah mereka, ia detik yang sangat menyedihkan sebagai seorang ibu.
“Anak sulung saya seorang yang sangat ekspresif, dia selalu meluahkan rasa rindu untuk berjumpa ayahnya, selain itu saya juga perlu melayani perasaan dua lagi anak masing-masing berusia empat dan enam tahun,” katanya.
Selepas pemergian suami, Nurul Azlyna berkata, antara kesukaran dihadapi adalah untuk mencari pekerjaan sesuai dengan statusnya sebagai ibu tunggal yang memerlukan dia memberi lebih perhatian kepada anak-anak.
“Saya ada cuba mohon beberapa kerja tetapi terpaksa ditangguhkan dahulu kerana bapa pula tidak sihat dan memerlukan penjagaan rapi serta rawatan di hospital.
“Saya juga percaya anak-anak masih dalam proses untuk menerima situasi kehilangan ayah mereka. Jadi tentunya sukar untuk meninggalkan mereka yang masih kecil di rumah tanpa penjagaan orang dewasa,” katanya.
Nurul Azlyna turut kecewa kerana berdepan kerenah birokrasi dalam usaha memohon bantuan untuk anak-anaknya.
“Memandangkan untuk permohonan zakat perlu buka akaun bank dengan sebuah bank, saya pun terpaksa pergi ke bank dengan membawa tiga orang anak.
“Pegawai tidak mesra, bahkan cepat-cepat menyuruh saya ke koridor bank kerana bimbang disaman kerana saya membawa bersama anak kecil.
“Mereka juga menyuruh saya buat permohonan secara dalam talian, dan disuruh menunggu sehingga dihubungi semula. Bagaimanapun sehingga hari ini masih tidak ada maklum balas,” katanya.
Beliau turut berharap pihak berkenaan dapat menyantuni keluarga yang kehilangan orang tersayang akibat COVID-19, sekurang-kurangnya bertanya khabar dan mengambil tahu apakah keperluan mendesak yang perlu dibantu.
“Saya amat berharap pihak yang berkenaan, datanglah menyantuni kami. Contohnya dalam keterbatasan sekarang, kaunselor datanglah kepada kami untuk berikan sokongan moral.
“Seronok sangat apabila ada yang bertanya sekurang-kurangnya apa khabar, ia sudah cukup membantu dalam situasi saya dan keluarga ketika ini
“Saya percaya, saya tidak keseorangan, ramai ibu tunggal yang sedang mati jiwanya,” katanya.
Nurul Azlyna turut bersyukur kerana keluarga mentua dan masyarakat sekeliling termasuk daripada pelbagai bangsa amat mengambil berat dan turut membantu dari segi kewangan untuk meringankan bebannya.
Orang ramai yang bersimpati dan ingin menyalurkan bantuan, boleh berbuat demikian dengan menyalurkannya ke akaun Maybank, Nurul Azlyna Mohamad Rasidi (164351084447). BH
Sikap anak mahu tidur di pusara ayah, runtun hati ibu
Baca Artikel Menarik :
- Gimik Peja pulangkan gaji penasihat khas PM tak menjadi, skandal tanah pula diungkit
- LGBT digantung di Malaysia, dakwa pelarian Malaysia
- Sajat ditahan imigresen Thailand, bersembunyi di Bangkok
- Resepi gulai kambing bawang goreng Penang
- Kata dah taubat, Shuk cari Fara kembali?
- Pegawai SPRM curi barang kes USD6 juta?
- Frontliners bantu pesakit ucap syahadah (Video)
- Tak Mandi Situ Tapi Sungai Hulu Yam Baharu Tempat Buang Makhluk Halus?
- ‘Road to’ buka sempadan negeri
- Nazri puji Nurul Izzah, sifatkan Syed Saddiq gagal
- Dulu tak boleh bawah kerajaan lama, kini boleh – Najib
Layari Laman Facebook MYKMU
Jangan tunggu lagi, wajibkan penggunaan ‘pulse oximeter’ – gesa Najib
You must be logged in to post a comment.