Polis nafi terima laporan, SPRM sahkan tahan 3 pegawainya

Oleh Nurul Aisyah

KELIRU dengan laporan pihak polis yang dilihat bercanggah dengan laporan SPRM dalam masa tidak sampai beberapa jam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan menafikan polis menerima sebarang laporan mengenai tiga pegawai SPRM berkenaan dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes terhadap “seorang bekas ketua jabatan”.



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula mengesahkan telah menahan tiga pegawainya bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan tersebut.

Memetik sumber, SPRM menegaskan siasatan menyeluruh sedang dijalankan dan menggesa semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini kerana ia akan menjejaskan siasatan.

Viral baru-baru ini mengenai bekas ketua pengarah Badan Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Hasanah Abdul Hamid pada 2018 yang kononnya dituduh dalam kes pecah amanah (CBT) membabitkan RM50.4 juta milik kerajaan.

SPRM menyita wang tunai dan barangan daripada Hasanah berkaitan siasatan kes itu. Hasanah kemudian dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada pertuduhan dalam perbicaraan kes pada April tahun ini.



Namun ketika Hasanah berusaha mendapatkan wangnya, dia mendapati hanya sebahagian wang yang tertinggal dan selebihnya diganti dengan wang kertas palsu. Isu ini perlu disiasat dengan teliti.

Untuk makluman, pada 25 Oktober 2018, Hasanah, 62, meminta dibicarakan terhadap satu pertuduhan jenayah pecah amanah berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) melibatkan dana kerajaan ketika dia berkhidmat sebagai ketua pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri ketika itu.

Ketika ini, kerajaan Pakatan Harapan yang diketuai Mahathir bertindak mengenakan tekanan dan dakwaan yang dilihat sangat tidak munasabah terhadap pemimpin-pemimpin negara. Rakyat melihat PH dengan sangat agresif menyalahguna kuasa untuk menganiaya individu yang mereka mereka mahu “benamkan” dari arena politik tanahair.

Memetik sumber, Peguam yang mewakili Datuk Hasanah Abdul Hamid ketika ini mempersoalkan jumlah tuduhan pecah amanah sebanyak RM49 juta ke atas anak guamannya itu. Menurut peguam Datuk Shaharudin Ali, pihaknya ingin mengetahui daripada mana datang jumlah tersebut sama ada daripada kerajaan atau operasi risikan negara luar.



Beliau menegaskan, ini kerana operasi risikan negara adalah perkara sulit dan ia tidak boleh sewenangnya didedahkan kepada umum kerana berkaitan soal keselamatan negara.

Akhirnya Hasanah dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada pertuduhan dalam kes pecah amanah bernilai AS$12.1 juta melibatkan dana kerajaan pada April 2021.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker