Bekas jurulatih kebangsaan, Ken Worden meninggal dunia

Bekas jurulatih kebangsaan, Ken Worden meninggal dunia

Bekas jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan, Ken Worden meninggal dunia hari ini pada usia 78 tahun.

Perkara tersebut dikongsi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi satu ciapan di laman Twitter sebentar tadi.



Worden atau nama penuhnya Kenneth Joseph Worden, dilahirkan pada 2 Februari, 1943 di Preston, England tetapi lebih menyerlah kariernya sebagai pemain dan jurulatih di Australia.

Beliau kemudiannya berhijrah ke Malaysia pada 1991 untuk menjadi jurulatih Selangor yang muncul juara Piala FA dan naib juara Piala Malaysia di bawah kendaliannya.

Worden kemudian telah dilantik sebagai jurulatih kebangsaan selama dua tahun, menggantikan Rahim Abdullah bermula Januari 1992 sehingga penghujung 1993.

Dalam tempoh itu, pasukan kebangsaan menjuarai Kejohanan Jemputan Vietnam dan Piala Jakartaraya 1992 serta Pesta Bola Merdeka 1993.



Bagaimanapun skuad negara yang membariskan antara lain Zainal Abidin Hassan, Mubin Mokhtar, Khairul Azman Mohamad, K. Gunalan, Azizol Abu Haniffah, Malek Rahman, Dollah Salleh dan Azman Adnan, tewas pada pra-Piala Dunia dan Sukan SEA Singapura 1993. K Online

Bekas jurulatih kebangsaan, Ken Worden meninggal dunia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Jangan tunggu lagi, wajibkan penggunaan ‘pulse oximeter’ – gesa Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker