Panggung wayang lengang, belum dapat sambutan
Panggung wayang lengang, belum dapat sambutan
Pembukaan panggung wayang sejak beberapa hari lalu masih belum mendapat sambutan hangat, terutama pada sebelah malam apabila jumlah pengunjung dilihat tidak begitu ramai.
Tinjauan wartawan Harian Metro di beberapa panggung wayang di sekitar ibu kota dan Putrajaya, hari ini, mendapati tidak ramai individu mengambil kesempatan pada hujung minggu untuk menonton wayang pada waktu malam.
Seorang pengunjung, Sharifah Sabarina Tahil, 26, berkata, dia mengambil peluang pada cuti hujung minggu untuk menonton wayang bersama rakannya.
“Saya menjangkakan akan ramai orang datang untuk menonton wayang pada hari ini kerana cuti hujung minggu, namun jangkaan saya meleset.
“Hari ini tidak ramai orang datang menonton wayang terutama pada waktu malam.
“Ia mungkin disebabkan keadaan pusat beli-belah yang sunyi kerana banyak premis tutup awal,” katanya yang juga eksekutif pemasaran.
Seorang lagi pengunjung, Nurul Munirah Abdul Rahman, 29, berkata, kali terakhir dia menonton wayang pada tahun lalu ketika sektor itu dibenarkan beroperasi semasa perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
“Berdasarkan pemantauan saya malam ini, semua pengunjung mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan memakai pelitup muka serta menjaga penjarakkan fizikal.
“Malah, pekerja panggung wayang juga menjalankan tugas mereka dengan baik apabila melakukan pemeriksaan teliti mengikut SOP terhadap pengunjung.
“Cuma pilihan filem yang ditayangkan tidak begitu banyak berbanding pada waktu sebelum ini,” katanya ketika ditemui di sebuah panggung wayang di sekitar ibu kota, hari ini.
Sementara itu, tinjauan wartawan Harian Metro di sekitar Bukit Bintang, di sini, hari ini, mendapati kawasan berkenaan agak lengang.
Meskipun jalan raya di sekitar Bukit Bintang agak sesak dengan kenderaan, namun jumlah pengunjung tidak begitu ramai seperti pada hujung minggu lalu. HM
Panggung wayang lengang, belum dapat sambutan
Baca Artikel Menarik :
- AED bantu atasi kematian mengejut
- Saman fitnah Anwar: Perbicaraan rayuan KJ perlu diteruskan
- Nik Abduh wakafkan diri untuk Muafakat Nasional
- Lisa Blackpink leburkan rekod PSY
- Golongan M40 terpinggir pakej bantuan kerajaan? – Asyraf Wajdi
- Penggunaan Ivermectin boleh sebabkan kemandulan lelaki
- Pasal makan pun boleh bertikam
- Azalina luah rasa kecewa mengenai MOU kerajaan-PH
- Resepi stew ekor lembu chewy
- Hilton diboikot, rancang bina hotel atas tanah masjid Uighur dirobohkan
- Datuk Ken dan isteri mengaku tak salah jadikan rumah ‘port’ judi
Layari Laman Facebook MYKMU