Kes tinggi tetapi hampir 100% tiada gejala di Sarawak
Kes tinggi tetapi hampir 100% tiada gejala di Sarawak
KUCHING: Sebanyak 99.9 peratus daripada 2,929 kes baharu jangkitan Covid-19 di Sarawak, hari ini, tidak bergejala dan bergejala ringan, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.
JPBN Sarawak menerusi satu kenyataan memaklumkan daripada jumlah kes baharu itu, 1,959 kes adalah kategori satu (tiada gejala) dan 967 kes kategori dua (gejala ringan), manakala hanya 0.01 peratus iaitu tiga kes merupakan kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen).
Sementara itu, lapan daerah mencatatkan jumlah kes baharu tiga digit dengan Kuching mencatatkan 747 kes, Sibu (327); Bintulu (311); Serian (286); Miri (137); Saratok (116); Sri Aman (112); dan Samarahan (108).
Sebanyak 21 daerah mencatatkan jumlah kes baharu dua digit antara 11 dan 93 kes, manakala 11 lagi daerah mencatatkan antara satu dan lapan kes.
Angka kematian akibat Covid-19 pula meningkat kepada 669 orang selepas 10 kematian dilaporkan membabitkan individu berumur antara 29 hingga 82 tahun, dengan sembilan daripada mereka mempunyai sejarah penyakit. FMT
Kes tinggi tetapi hampir 100% tiada gejala di Sarawak
Baca Artikel Menarik :
- AED bantu atasi kematian mengejut
- Saman fitnah Anwar: Perbicaraan rayuan KJ perlu diteruskan
- Nik Abduh wakafkan diri untuk Muafakat Nasional
- Lisa Blackpink leburkan rekod PSY
- Golongan M40 terpinggir pakej bantuan kerajaan? – Asyraf Wajdi
- Penggunaan Ivermectin boleh sebabkan kemandulan lelaki
- Pasal makan pun boleh bertikam
- Azalina luah rasa kecewa mengenai MOU kerajaan-PH
- Resepi stew ekor lembu chewy
- Hilton diboikot, rancang bina hotel atas tanah masjid Uighur dirobohkan
- Datuk Ken dan isteri mengaku tak salah jadikan rumah ‘port’ judi
Layari Laman Facebook MYKMU