Penghantar makanan maut rempuh food truck

Penghantar makanan maut rempuh ‘food truck’

Seorang penghantar makanan maut apabila motosikal ditunggangnya terlanggar belakang sebuah kendera saji (trak makanan) di Kilometer 122, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kerteh, Kemamam hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman Hanyan Ramlan berkata, mangsa Mohd Helmi Faizal, 35, sewaktu kejadian dalam perjalanan pulang ke tempat kerjanya selepas selesai menghantar pesanan pelanggan di lokasi berhampiran.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggangi mangsa gagal mengelak lalu merempuh belakang sebuah kendera saji yang tiba-tiba mengubah haluan memasuki laluan kiri.

“Kendera saji itu dikatakan memasuki laluan tersebut bagi mengelak sebuah kereta Proton Wira dipandu seorang warga emas,” katanya menurut laporan Kosmo!

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, mangsa, dari Ketengah Jaya, Kemaman, Terengganu meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Beliau berkata, mayat Mohd Helmi telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk dibedah siasat, manakala siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Penghantar makanan maut rempuh food truck


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker