Isteri pemimpin India meninggal dunia diserang monyet

Isteri pemimpin India meninggal dunia diserang monyet

NEW DELHI: Isteri kepada seorang pemimpin parti politik utama di India meninggal dunia selepas dia diserang oleh sekumpulan monyet di bandar Kairana pada 9 September lalu.

Dalam kejadian itu, Sushma Devi, 54, telah dihantar ke sebuah hospital tetapi dia akhirnya menemui ajal akibat kecederaan yang dialaminya.

Devi yang merupakan isteri kepada salah seorang pemimpin Parti Bharatiya Janata (BJP), Anil Kumar Cahuhan diserang oleh sekumpulan monyet ketika dia berada di bumbung rumahnya.

Ekoran serangan itu, dia melompat dari bumbung rumah kerana mahu menyelamatkan diri.

Devi mengalami kecederaan yang serius selepas terjatuh dari bumbung dan dia dihantar ke sebuah hospital swasta tetapi doktor kemudian mengisytiharkannya telah meninggal dunia.

Penduduk tempatan turut mengadu berlaku serangan monyet ke atas kanak-kanak, wanita dan kaum lelaki hampir setiap hari di bandar itu. – Agensi /SH

Isteri pemimpin India meninggal dunia diserang monyet


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Harga emas merudum dipengaruhi sentimen ekonomi AS

Bengang selalu ‘dibandingkan’, cucu bakar rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker