Pergi Sekolah Takut, Bersesak Di Air Terjun Boleh Pulak – Michael Ang

Pergi Sekolah Takut, Bersesak Di Air Terjun Boleh Pulak – Michael Ang

Pengarah dan pelakon, Michael Ang sekali lagi menyelar sikap sesetengah masyarakat terutamanya ibu bapa yang kononnya bimbang dengan keselamatan anak-anak jika dibenarkan ke sekolah namun dalam pada masa yang sama berani membawa anak-anak keluar bercuti di kawasan sesak sepanjang pandemik kini.

Kata Michael, ramai ibu bapa meluahkan kebimbangan tentang tahap keselamatan anak-anak mereka di sekolah namun berpusu-pusu keluar bercuti selepas dibenarkan kerajaan.

Perkara tersebut dikongsikan Michael menerusi sebuah hantaran di Instagram sempena sambutan Hari Malaysia yang diraikan pada hari ini.

Selamat Hari Malaysia. Tapi layakkah kita sambut? Tak faham dengan mentaliti sesetengah rakyat Malaysi. Bila sekolah nak buka, ibu bapa bising pasal itu ini, keselamatan anak-anak. Bila kerajaan bagi kelonggaran, boleh pula bawa anak-anak kau pergi air terjun, bercuti, berkelah, berpusu-pusu, tak takut pula!

Luahan Michael Ang itu menerima reaksi netizen yang rata-rata bersetuju dengan kenyataan pengarah drama Marry Me Senorita itu.

Sebelum ini, lokasi peranginan seperti kawasan air terjun sekitar negeri Selangor dilaporkan menerima kunjungan luar biasa daripada rakyat setelah dibenarkan Kerajaan untuk beriadah meskipun kes harian COVID-19 masih dilaporkan tinggi setiap hari. Bn

Pergi Sekolah Takut, Bersesak Di Air Terjun Boleh Pulak – Michael Ang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ salah tafsir kos – Faizal Azumu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker