Bengang selalu ‘dibandingkan’, cucu bakar rumah

'Spender' pun gagal diselamatkan

Bengang selalu ‘dibandingkan’, cucu bakar rumah

Gara-gara sering dibandingkan dengan sepupunya, seorang remaja lelaki bertindak membakar rumah dihuni datuk dan neneknya di Salem, Tamil Nadu, India, menyebabkan pasangan itu maut.

Times Now News melaporkan, insiden itu berlaku pada Isnin lalu dan suspek berumur 16 tahun.



Mangsa dikenal pasti sebagai Kaatu Raja, 70, manakala, isterinya, Kaasiyammal, 60.

Pada pagi hari kejadian, jiran mangsa mendengar jeritan dan terus bergegas ke lokasi untuk melihat apa yang berlaku.

Dia terkejut apabila melihat kebakaran di rumah mangsa.

Menurut The Indian Express, rumah mangsa berkunci dan jirannya cuba memecahkan pintu untuk menyelamatkan mereka tetapi gagal.



Dia kemudian menghubungi bomba.

Mangsa bagaimanapun tidak dapat diselamatkan kerana mengalami luka bakar yang teruk.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke hospital untuk dibedah siasat.

Cucu mereka ditahan polis untuk membantu siasatan.



Deputi Superintendan (DSP) Immanuel Gnanasekar berkata, suspek tinggal bersama ibu bapanya dan datang ke rumah datuk serta neneknya untuk melakukan perbuatan itu.

“Dia menyimpan dendam kepada keluarganya termasuk bapa saudara, datuk dan neneknya.

“Suspek memberitahu datuk dan neneknya sering membandingkannya dengan sepupunya serta meminta dia jadi seperti mereka.

“Kata-kata itu membuatkan suspek berasa tidak senang,” katanya.



Difahamkan, suspek mengaku melakukan cubaan membunuh datuk dan neneknya dengan membakar rumah mereka.

Dia didakwa atas kesalahan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. HM

Bengang selalu ‘dibandingkan’, cucu bakar rumah


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ salah tafsir kos – Faizal Azumu



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker