Anak maut tercampak keluar kenderaan

Anak maut tercampak keluar kenderaan

TENOM: Seorang wanita maut selepas tercampak keluar dari kenderaan dipandu ibunya dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 11, Jalan Tenom-Keningau, semalam.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa berusia 25 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di badan dan kepala.

Ibu mangsa berusia 54 tahun hanya mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Tenom.

Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Superintendan Hasan Majid berkata, mangsa tercampak keluar dari kenderaan selepas Proton Iswara dipandu ibunya bertembung dengan Perodua Myvi.

“Ibu mangsa dipercayai mengalami kecederaan dalaman dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Pemandu Perodua Myvi bersama anaknya tidak mengalami kecederaan serius dan dirawat sebagai pesakit luar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Hasan berkata, mayat mangsa dihantar ke hospital untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. BH

Anak maut tercampak keluar kenderaan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ salah tafsir kos – Faizal Azumu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker