UMNO jangan terpedaya dengan kerjasama tidak jujur – Zahid
UMNO jangan terpedaya dengan kerjasama tidak jujur – Zahid
UMNO tidak boleh terpedaya dengan kerjasama tidak jujur oleh parti lain yang kesudahannya mengabaikan kepentingan parti, rakyat dan negara.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu tidak boleh sewenang-wenang dijadikan sebagai jambatan oleh pihak luar yang rakuskan kuasa.
Menurutnya, sebarang kerjasama yang terbentuk perlu berpaksikan analisis mendalam tentang manfaat kepada Malaysia dan masyarakatnya.
“Sebagai Presiden UMNO menjadi kewajipan saya untuk mempertahankan parti keramat ini dengan sepenuh jiwa dan raga.
“Jati diri UMNO sebagai parti milik rakyat yang sentiasa mengutamakan rakyat harus kekal dalam apa jua keadaan,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Rabu.
Menurut beliau, ia perlu dilakukan agar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak menjadi penentu untuk UMNO sebagai sebuah parti yang dapat kembali selaku teras pentadbiran negara.
Jelas beliau, jika UMNO terlibat dengan pihak lain yang berorientasikan kuasa, kedudukan dan kroni semata-mata, maka natijahnya amat buruk.
“Ini yang dapat kita saksikan baru-baru ini, namun UMNO telah bertindak menyekat kecurangan kepada rakyat dan negara tersebut.
“Kita juga pernah lihat bagaimana kerajaan 22 bulan cuba menenggelamkan parti ini yang akhirnya karam dengan sendiri.
“Begitu juga dengan parti politik yang cuba menguasai UMNO sejak 18 bulan lalu untuk mempertahankan kuasa turut gagal,” ujarnya.
Ahmad Zahid menjelaskan, beliau akan memastikan maruah dan jati diri UMNO di samping mempersiapkan parti bagi menghadapi PRU15. Sinar
UMNO jangan terpedaya dengan kerjasama tidak jujur – Zahid
Baca Artikel Menarik :
- Cubaan Bunuh Isteri Selepas Wanita Itu Menang Loteri RM31.6 juta
- Pensyarah ditahan SPRM, beri kontrak kepada kakak, abang ipar
- MoU Kerajaan-PH gagal halang mangkuk “berterbangan” dalam Parlimen
- ‘Membiarkan’ UEC kesilapan pemimpin tak boleh dimaafkan
- Imam Besar Masjid Putra Mohon Maaf Secara Terbuka Insiden Layanan Dua Darjat [VIDEO]
- Terima Kasih Kerajaan, Pertimbang Moratorium Pinjaman Tanpa Faedah Terakru – Ahmad Maslan
- MoU bukan jaminan PH sokong Bajet 2022 – Anwar
- Bawa balik pelacur ke rumah, lelaki pukul isteri selepas ditegur
- Staf wanita Pejabat Pos mengamuk gara-gara warga Bangladesh tak ikut SOP [VIDEO]
- Ahmad Maslan mangsa politiking – Puad
- Resepi Baby Kailan Masak Bawang Putih & Udang
Layari Laman Facebook MYKMU