Dos penggalak mini AstraZeneca beri manfaat sama seperti dos penuh

Dos penggalak mini AstraZeneca beri manfaat sama seperti dos penuh

BANGKOK – Satu kajian terbaharu mendapati satu dos ‘penggalak mini’ vaksin AstraZeneca yang mengandungi satu perlima daripada dos normal vaksin tersebut memberikan kadar imuniti yang hampir sama dengan satu dos penuh, lapor laman berita Wionews semalam.

Kajian yang dijalankan oleh sepasukan penyelidik dari Universiti Prince of Songkhla (PSU) itu melibatkan 95 orang sukarelawan yang telah menerima dua dos vaksin Sinovac.



Kesemua sukarelawan dibahagikan kepada dua kumpulan dengan kumpulan pertama diberikan dos penggalak mini AstraZeneca dan kumpulan kedua pula diberikan satu dos penuh vaksin yang sama.

Selepas diberikan dos penggalak mini, tahap imuniti sukarelawan diukur dengan nilai unit antibodi bagi setiap satu mililiter atau BAU.

Antibodi kumpulan pertama meningkat daripada purata 128.7 hingga 1,300 BAU/mL, manakala kumpulan kedua pula menghasilkan imuniti pada kadar 1,600 BAU/mL.

Beberapa orang sukarelawan menerima vaksin Sinovac dengan penjarakan antara empat hingga lapan minggu manakala yang selebihnya pula pada jarak antara lapan hingga 12 minggu.



Penyelidik berkata, tiada perbezaan ketara bagi kesan dos penggalak mini bagi mana-mana kumpulan.

Selain itu, antibodi dan sel-T kedua-dua kumpulan turut meningkat kepada tahap tinggi selepas menerima satu perlima daripada dos penuh vaksin AstraZeneca.

Penyelidik juga melaporkan tiada kesan sampingan serius yang dialami oleh 95 sukarelawan tersebut. K Online

Dos penggalak mini AstraZeneca beri manfaat sama seperti dos penuh




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ salah tafsir kos – Faizal Azumu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker