Salah Faham Mengenai SOP Punca Kesesakan Di Sungai Pisang [VIDEO]

Salah Faham Mengenai SOP Punca Kesesakan Di Sungai Pisang [VIDEO]

GOMBAK: Jabatan Perhutanan Negeri Selangor mengakui orang ramai mungkin terkeliru dengan kawasan rekreasi di negeri itu yang telah dibenarkan untuk melakukan aktiviti riadah sehingga menyebabkan kesesakan di beberapa kawasan tumpuan ramai.

Pegawai Hutan Daerah Selangor Tengah Khairul Nizam Mohamed berkata, bagi negeri Selangor, semua kawasan Hutan Simpan masih tidak dibenarkan untuk sebarang aktiviti melibatkan orang ramai ketika ini.

“Kami berpandukan SOP terkini yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), yang tidak membenarkan aktiviti termasuk berkelah.

“Mungkin kerana orang ramai agak keliru dengan syarat pematuhan SOP tersebut yang sebenarnya tidak melibatkan kawasan Hutan Simpan,” katanya yang hadir memantau operasi bersepadu di enam kawasan di sekitar Gombak bagi menyuraikan orang ramai yang melakukan aktiviti rekreasi bersempena cuti umum hari ini.

Ia berikutan gambar yang tular beberapa hari lalu didakwa aktiviti perkelahan di Sungai Pisang.

@shugr.co

Buat baik tak suka buat jahat tak suka #sungaipisangwaterfall #gombak #pisang

♬ original sound – De’Nuckells – De’Nuckells

 

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP yang telah digariskan bagi menjaga keselamatan diri.

Gambar yang tular jelasnya jika dilihat agak menakutkan dengan tidak ada penjarakan fizikal atau langkah-langkah yang sewajarnya selain ia membabitkan kawasan Hutan Simpan yang dilarang melakukan sebarang aktiviti.

Dia yang juga kesal dengan kejadian tersebut berharap agar tiada lagi insiden sedemikian berulang pada masa hadapan dan kawalan terhadap penularan COVID-19 dapat dilakukan sebaik mungkin.

Operasi hari ini juga katanya hanyalah menasihati dan mengarahkan orang ramai yang berkumpul seawal pagi di sekitar kawasan rekreasi di Gombak hari ini bersurai dan memberikan penerangan kepada mereka tentang SOP yang perlu diketahui.

Ia melibatkan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, PDRM dan Jabatan Kesihatan Malaysia (KKM).

Orang ramai sebelum ini berang selepas beberapa foto yang menunjukkan sekumpulan orang ramai melakukan aktiviti mandi manda dan berkelah yang dipercayai berlaku di sungai terbabit tanpa penjarakan sosial.

Insiden yang seakan pesta itu dipercayai berlaku sejurus selepas kelonggaran merentas daerah selepas Lembah Klang mula beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).-Awani

Salah Faham Mengenai SOP Punca Kesesakan Di Sungai Pisang [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ salah tafsir kos – Faizal Azumu

Let’s vote for parties in GE, not individuals, says Azalina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker