30,000 penjawat awam belum daftar untuk vaksin

30,000 penjawat awam belum daftar untuk vaksin, kata CUEPACS

Kira-Kira 30,000 penjawat awam yang dikesan belum mendaftar untuk suntikan vaksin Covid-19 setakat ini diminta segera berbuat demikian bagi membantu usaha kerajaan ke arah mencapai imuniti kelompok sebelum 2022.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Adnan Mat berkata, penjawat awam merupakan pelaksana dasar kerajaan, justeru amat penting untuk mereka mengamalkan dasar itu, termasuk berkaitan program vaksinasi negara.

“Kita adalah penjawat awam yang menerima arahan dan dasar kerajaan, jadi apabila diarahkan vaksinasi ini, kita kena vaksinlah,” katanya selepas menyerahkan sumbangan tiga unit respirator pembersih udara berkuasa (PAPR) kepada Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.

Beliau berkata, ketua jabatan perlu memainkan peranan penting memberi penjelasan sebaik mungkin mengenai kepentingan mengambil vaksin.

“Pendekatan yang patut diambil ialah berjumpa dengan semua mereka yang diketahui tidak menerima suntikan vaksin ini dan (ambil) tahu apa masalah mereka di lapangan.”

Timbalan Pengarah Perubatan HSB, Siti Norhani Mazrah Khalid berkata, hampir 400 daripada 1,108 katil di hospital itu digunakan untuk pesakit Covid-19.

Daripada jumlah itu, katanya, 44 katil untuk pesakit Covid-19 ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU). FMT

30,000 penjawat awam belum daftar untuk vaksin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ salah tafsir kos – Faizal Azumu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker