RM13 juta bukan rasuah tapi pembinaan masjid dan tahfiz

Sebaran :

RM13 juta bukan rasuah tapi pembinaan masjid dan tahfiz

Pihak pembelaan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa cek berjumlah RM13 juta yang diberikan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid melalui Tetuan Lewis & Co. yang merupakan pemegang amanah Yayasan Akalbudi bukan satu rasuah.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid berkata, ini kerana saksi ke-36 yang juga saksi utama iaitu Junaith Asharab Md. Sharif telah mengesahkan cek berjumlah RM13 juta itu adalah bagi pembinaan masjid dan pusat tahfiz di Bagan Datuk, Perak.

“Justeru pertuduhan ke-12 dan 13 mengikut seksyen Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang pertuduhkan terhadap Ahmad Zahid perlu digugurkan.

“Dalam pada itu bagi pertuduhan ke-11 berhubung dengan pinjaman RM250,000 yang diberikan kepada adik lelaki tertuduh (Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi) jumlah pinjaman itu telah dibayar balik,” katanya.

Sebelum ini, mahkamah diberitahu bahawa Ahamd Zahid tiada kena mengena mahupun mendapat imbuhan daripada pinjaman wang RM250,000 yang diberikan kepada adik lelakinya oleh seorang ahli perniagaan.

Beliau berhujah, anak guamnya tidak tahu menahu berhubung pinjaman tersebut yang kemudian telah dibayar oleh Mohamad Nasaee dengan memasukkannya ke dalam akaun Tetuan Lewis & Co.

Mengikut pertuduhan, Ahmad Zahid, 69, didakwa 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik yayasan itu.

Prosiding berlangsung di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Squareh bersambung lagi Isnin ini. K Online

RM13 juta bukan rasuah tapi pembinaan masjid dan tahfiz


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ salah tafsir kos – Faizal Azumu


Sebaran :

Leave a Reply