Lengkap vaksin tak perlu kuarantin masuk Sarawak

Lengkap vaksin tak perlu kuarantin masuk Sarawak

Pengunjung ke Sarawak tidak lagi perlu menjalani kuarantin sekiranya sudah mendapat suntikan vaksin penuh Covid-19, kata kerajaan negeri hari ini.

Bagaimanapun, mereka perlu mengisi borang EnterSarawak serta e-Health Declaration Form (eHDF) dalam talian, menurut peraturan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN).

Mereka juga perlu membuktikan telah mendapat suntikan vaksin lengkap, menyerahkan hasil ujian RT-PCR negatif yang diambil tiga hari sebelum memulakan perjalanan, selain menyediakan sebarang maklumat peribadi yang relevan sekiranya diminta.

Peraturan itu berkuat kuasa esok.

Menurut kenyataan JPBN, mereka yang berusia bawah 18 tahun yang memasuki Sarawak bersama penjaga yang mendapat suntikan vaksin lengkap, juga tidak perlu dikuarantin.

Bagaimanapun, mereka dinasihati menjalani pemantauan kendiri di rumah selama 10 hari.

Sementara itu, mereka yang belum mendapat suntikan vaksin atau belum menerima dos lengkap, akan dikuarantin selama 10 hari di hotel yang telah ditetapkan.

Mereka juga perlu membuat permohonan menerusi Borang EnterSarawak dan eHDF secara dalam talian, menyerahkan hasil ujian RT-PCR negatif yang diambil tiga hari sebelum memulakan perjalanan, selain menyediakan sebarang maklumat peribadi yang relevan sekiranya diminta.

Menurut JPBN, prosedur operasi standard itu berdasarkan keadaan terkini Covid-19 di Sarawak dan negeri lain, selain penambahan individu yang telah divaksin lengkap di negara ini. FMT

Lengkap vaksin tak perlu kuarantin masuk Sarawak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ salah tafsir kos – Faizal Azumu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker