Penjual mee guna serbuk opium untuk tarik pelanggan

Penjual mee guna serbuk opium untuk tarik pelanggan

BEIJING: Seorang penjual makanan jalanan di China ditahan selepas didakwa menggunakan serbuk opium dalam mi yang dijualnya.

Lapor The Sun, lelaki yang dikenali sebagai Li didakwa menggunakan bahan-bahan haram dalam makanan dijualnya untuk menarik lebih ramai pelanggan.

Dilaporkan, Li berbuat demikian untuk menjadikan makanannya lebih enak sehingga pelanggannya berasa ketagihan.

Kes terbongkar pada bulan lalu selepas polis di bandar Lianyungang menerima maklumat daripada orang ramai yang sangsi dengan peniaga itu yang mungkin menambah ‘sesuatu bahan’ dalam mi dijualnya.

Dilaporkan, pemberi maklumat itu menonton video keselamatan orang awam mengenai tindakan peniaga menggunakan bahan dadah dalam makanannya.

Ia menyebabkan individu itu berasa curiga sekiranya penjual mi berkenaan melakukan perkara yang sama untuk menarik pelanggan.

Sampel makanan dari gerai itu kemudian dibawa ke pihak berkuasa untuk diuji dan hasilnya menunjukkan mi tersebut mengandungi papaverine dan narkotin dalam jumlah yang tinggi serta bahan lain.

Polis segera menyerbu gerai tersebut dan merampas sebuah periuk besar minyak cili yang dicampurkan dengan serbuk opium.

“Minyak cili dicampur bersama serbuk opium untuk menjadikan rasa makanan itu lebih enak.

“Namun ia boleh menyebabkan ketagihan dan sekali gus menjejaskan kesihatan penduduk dalam jangka panjang,” kata pegawai Zhang Kaoshan kepada pemberita.

Sementara itu, menurut polis, Li kehilangan ramai pelanggan ketika perintah berkurung dilaksanakan akibat pandemik Covid-19.

“Jadi, dia melakukan demikian untuk meningkatkan jualan mi,” katanya. Utusan

Penjual mee guna serbuk opium untuk tarik pelanggan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ratusan surat beta terima dari rakyat, rintih penuh duka – Agong

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker