Lebih kelonggaran SOP diputuskan hari ini

Lebih kelonggaran SOP diputuskan hari ini

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan mengadakan pertemuan dengan tiga rakan Kabinet pada hari ini bagi membincangkan penyesuaian prosedur operasi standard (SOP) serta bentuk kelonggaran dalam negara menuju ke fasa endemik.

Menurut beliau, tiga menteri yang akan ditemuinya ialah Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin; Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Hishammuddin berkata, dalam pertemuan itu, beberapa agenda akan dibincangkan termasuk berkaitan perjalanan rentas negeri, pembukaan sektor-sektor tertentu, gelembung pelancongan dan naratif untuk memasuki fasa endemik.

“Pertama, kita akan lihat kepada keputusan-keputusan kelonggaran yang telah pun diumumkan kepada orang ramai dan bagaimana SOP yang sedia ada dapat dipermudahkan dan difahami.

“Ini memerlukan input daripada keempat-empat menteri dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengkoordinasikan input daripada empat pihak ini.

“Tan Sri Annuar Musa boleh bantu untuk ceritakan dan maklumkan kepada orang ramai melalui platform sedia ada,” kata beliau dalam sidang media di Wisma Pertahanan di sini semalam.

Tambah beliau, penelitian juga akan diberikan kepada kelonggaran yang dipersetujui sebelum ini di mana ia perlu diperhalusi sebaiknya sebelum diumumkan kepada orang ramai.

Katanya lagi, agenda untuk memasuki endemik turut diberikan perhatian.

“Dalam konteks endemik, bagaimana kita boleh cari jalan untuk hidup dengan Covid-19 ini.

Kita dah umuman bahawa pendekatan ini akan diputuskan pada hujung Oktober.

“Begitupun, pemikirannya perlu dibincangkan daripada sekarang dan itu merupakan sebahagian daripada agenda kita hari ini,” ujarnya.

Hishammuddin dalam kenyataan pada minggu lepas memberitahu kerajaan sedang meneliti kelonggaran bersesuaian bagi membolehkan rakyat kembali menjalani kehidupan seharian lebih bebas dalam norma baharu.

Begitupun, katanya, dalam masa sama kerajaan tetap menitikberatkan soal melindungi nyawa serta kesihatan rakyat di samping memastikan pengukuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Jelasnya, kelonggaran itu termasuklah kemungkinan membenarkan rakyat melakukan perjalanan rentas negeri bagi tujuan lebih pelbagai serta membuka lebih banyak sektor.

Lebih kelonggaran SOP diputuskan hari ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ratusan surat beta terima dari rakyat, rintih penuh duka – Agong

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker