Upin & Ipin Adalah ‘Alat’ Propaganda Dari Malaysia, Dakwa Ketua Suruhanjaya Penyiaran Indonesia

Upin & Ipin Adalah ‘Alat’ Propaganda Dari Malaysia, Dakwa Ketua Suruhanjaya Penyiaran Indonesia

Siri animasi Malaysia Upin dan Ipin sememangnya terkenal di negara seberang kita iaitu Indonesia sehinggakan pada tahun lepas, netizen Indonesia pernah geram dengan watak Fizi yang telah menyakitkan hati Upin & Ipin dalam episod Syahdunya Syawal.

Bukan sahaja berjaya menempa nama dan mempunyai pengikut yang ramai di Malaysia. Malah anak-anak di negara jiran juga turut tidak ketinggalan menikmati cerita dari sudut pandang dua anak kecil yang menjadi watak utama kepada animasi ini.

Bagi anak-anak, tidak kira di Malaysia atau Indonesia. Upin & Ipin mungkin di anggap sekadar kartun biasa. Tetapi bagi Ketua Suruhanjaya Penyiaran Indonesia atau KPI Agung Suprio, beliau mengatakan bahawa Upin & Ipin adalah propaganda Malaysia kepada dunia luar.

Hah propaganda apa pulak ni? 

Dia yang ditemuramah dalam Podcast Deddy Corbuzier yang disiarkan di YouTube menyatakan bahawa Upin & Ipin adalah simbol budaya dan imej Malaysia ke dunia luar yang bukan sahaja berbilang bangsa, malah ramah dan beragama.

Upin & Ipin ini boleh dikatakan sebagai propaganda yang positif. Ia boleh memperkenalkan budaya Malaysia yang sopan, ramah, beragama dan pelbagai budaya kepada dunia luar,” katanya.

Memetik laporan laman Suara.com, Agung menyatakan alasan beliau disebalik dakwaan tersebut adalah disebabkan animasi ini mendapat subsidi dari Kerajaan Malaysia, jadi secara tidak langsung ini adalah produk untuk menyebarkan imej Malaysia pada dunia luar, “Jadi, ya propaganda pada akhirnya.”

Dan dia menyatakan sebab kenapa Indonesia masih tertinggal di belakang dalam penyiaran kartun buatan negara itu sendiri adalah kerana kos yang besar harus dikeluarkan untuk membuat animasi versi Indonesia.

“Sekiranya kita menghasilkan kartun Indonesia, itu sangat mahal. Walaupun orang yang membuat kartun di Indonesia tidak kurang hebatnya, dan ada begitu banyak, tidak sedikit,” kata Agung Suprio, yang dipetik oleh Suara.com dari saluran Youtube Deddy Corbuzier.

Sumber: Suara.comYouTube Deddy Corbuzier 

Upin & Ipin Adalah ‘Alat’ Propaganda Dari Malaysia, Dakwa Ketua Suruhanjaya Penyiaran Indonesia


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kalau Khairy Jamaluddin tidak keberatanlah – Sarimah Ibrahim

Masjid Putra Mohon Maaf Isu Video Tular Layanan Jemaah ‘VIP’ [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker