Ketua JSJ Negeri Sembilan meninggal dunia

Ketua JSJ Negeri Sembilan meninggal dunia

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Ramlan Abdul Razak, 59, meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) pada jam 1.35 pagi tadi akibat kesan sampingan selepas dijangkiti Covid-19 bulan lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Mohamad Mat Yusop berkata Ramlan menerima rawatan di HTJ selepas dijangkiti Covid-19 pada 8 Ogos lalu dan disahkan negatif sebelum meninggal dunia.



“Kesan akibat Covid-19 menyebabkan organ dalaman Allahyarham tidak dapat berfungsi dengan baik,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata pemergian Ramlan adalah kehilangan besar buat warga polis di negeri itu terutama JSJ IPK Negeri Sembilan.

Mohamad menyifatkan Ramlan seorang yang berhati lembut tetapi tegas serta berpengalaman luas dalam bidang siasatan jenayah.

Beliau berkata pegawainya itu berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) lebih 30 tahun dan bakal bersara pada 9 Okt ini.



Katanya jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang kira-kira jam 11 pagi tadi dan meninggalkan seorang balu, Noor As Azura Md Aris dan 10 orang anak. FMT

Ketua JSJ Negeri Sembilan meninggal dunia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Kalau Khairy Jamaluddin tidak keberatanlah – Sarimah Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker