Sekolah di negeri Fasa 1, 2 PPN kekal ditutup

Sekolah di negeri Fasa 1, 2 PPN kekal ditutup

Menteri Pendidikan, Radzi Jidin mengumumkan sekolah di negeri Fasa 1 dan 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) kekal ditutup, manakala Fasa 3 dan 4 dibuka mengikut jadual pada 3 Okt ini.

Sekolah pada asalnya dijadualkan dibuka semula pada 1 Sept lalu, tetapi Kementerian Pendidikan menangguhkannya kepada 3 Okt susulan penilaian kesihatan dan risiko.

Baru-baru ini, pelbagai pihak menggesa pembukaan semula sekolah ditangguhkan memandangkan jumlah kes Covid-19 masih tinggi dan hanya berbaki kira-kira dua bulan sebelum sekolah ditutup semula bagi cuti penggal ketiga.

Radzi berkata, kehadiran pelajar di sekolah adalah 50% daripada enrolmen keseluruhan secara penggiliran minggu.

Ini bermakna, setiap kelas akan dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu secara bersemuka serta pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), yang bergilir-gilir setiap minggu. FMT

BERITA LANJUT MENYUSUL

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Sekolah di negeri Fasa 1, 2 PPN kekal ditutup


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kalau Khairy Jamaluddin tidak keberatanlah – Sarimah Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker