Pondan kembali menyundal di bandar Kuantan

Sebaran :

Pondan kembali menyundal di bandar Kuantan. Polis menahan enam lelaki termasuk lima warga Indonesia ditahan kerana berpakaian menyerupai wanita dan dipercayai terlibat dengan aktiviti tidak bermoral sekitar bandar Kuantan, Pahang malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Muhammed Rizal Kamarudin berkata semua suspek ditahan di lorong sekitar Pasar Besar Kuantan itu dipercayai sedang menunggu pelanggan bagi kegiatan tidak bermoral yang menimbulkan keresahan rakyat sekitar sehingga tular di media sosial.

Katanya, semasa operasi itu, suspek bertindak melarikan diri, termasuk ada yang cuba memanjat bumbung sebuah bangunan berhampiran, namun tiada kejadian tidak diingini berlaku.

“Semua suspek yang berusia antara 30 hingga 35 tahun ditahan menerusi Op Pasar yang dijalankan secara bersepadu melibatkan 30 pegawai dan anggota penguat kuasa termasuk polis, imigresen dan Majlis Bandaraya Kuantan.



“Lima suspek warga asing terlibat juga didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan malam tadi, menurut laporan Bernama.

Siasatan awal juga mendapati suspek warga tempatan mempunyai tiga rekod kesalahan lampau melibatkan kesalahan berpakaian menyerupai wanita bagi aktiviti tidak bermoral.

Semua suspek disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 kerana kelakuan aib selain lima warga asing tersebut disiasat di bawah Seksyen 61(1) (c) Akta Imigresen kerana tiada pas perjalanan yang sah serta Seksyen 15 (1)(c) kerana tinggal lebih masa.

Pondan kembali menyundal di bandar Kuantan



 


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kalau Khairy Jamaluddin tidak keberatanlah – Sarimah Ibrahim


Sebaran :

Leave a Reply